Menyayat hati dan menghibakan apabila kira-kira 100 mayat rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel terpaksa dikebumikan dalam satu liang besar di Khan Yunis di Gaza.
Ia berikutan jenazah adalah mangsa yang tidak dapat dikenalpasti, dan dibawa dari Hospital Al-Shifa di Gaza.
Melalui video yang tular di media sosial, kelihatan petugas kesihatan, anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk membantu mengebumikan jenazah. – Getaran, 23 November 2023
@getaranmy Kira-kira 100 mayat warga Palestin yang tidak dapat dikenal pasti dikebumikan di dalam satu liang besar di Khan Yunis selepas dibawa dari Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending ♬ original sound - Getaran