Seorang nelayan terselamat selepas berjaya berpaut pada botnya yang terbalik selama kira-kira empat jam, selepas dilanda ombak besar di perairan Telaga Air, Kuching, pagi semalam.
Atta Akil, 44, diselamatkan Pegawai Bomba Bantuan Safety Water And Rescue Team (PBB SWART) Telaga Air, Adi Hip, pada jam 3.42 petang semalam.
Adi turun bersama bapanya untuk mencari mangsa selepas menerima maklumat kejadian bot karam yang berlaku pada jam 11.45 pagi itu.
Terdahulu Atta keluar menangkap ikan seorang diri pada jam 5 pagi sebelum botnya dilanda ombak besar. – Getaran, 20 November 2023
@getaranmy Dilaporkan hilang ketika ombak besar melanda Telaga Air, Kuching, seorang nelayan akhirnya ditemukan berpaut pada botnya yang telah terbalik, pada Ahad. #getaranmy #berita #beritaditiktok ♬ original sound - Getaran