Baru-baru tular video sebuah kereta yang berada di lorong kiri, tiba-tiba membelok ke kanan di satu persimpangan lampu isyarat di Jalan Green, Kuching, Sarawak.
Tindakan pemandu kenderaan itu menyebabkan sebuah motosikal yang berada di laluan kanan, gagal mengelak lalu melanggar kereta terbabit.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dan menggunakan lampu isyarat ketika hendak membelok atau memasuki laluan lain. - Getaran, 18 November 2023
@getaranmy Kejadian berlaku di Jalan Green, Kuching. Selalulah peka dengan keadaan apabila ingin membelok. Yang membawa kenderaan pastikan mengikut had laju ya semua. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trafficaccidencts #viralvideo ♬ original sound - Getaran