Seorang lelaki dipercayai kurang siuman dilihat menyerang beberapa kenderaan yang bergerak laju atas lebuh raya menghala ke tol Kempas, di Johor Bahru, semalam.
Kejadian yang dirakam dari bangunan berdekatan menjadi tular selepas dikongsi dalam media sosial.
Lelaki itu dilihat mendekati beberapa kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan, dalam cuaca hujan.
Pemandu beberapa kenderaan juga dilihat cuba mengelak lelaki berkenaan. – Getaran, 7 November 2023
@getaranmy Kejadian berlaku di lebuh raya menghala tol Kempas di Johor Bahru pada semalam. Semoga beliau diberikan bantuan yang sepatutnya sebelum apa-apa perkara tidak diingini berlaku. Layari getaran.my untuk lagi berita and info terkini. #getaranmy #berita #beritaditiktok #beritaviral ♬ original sound - Getaran