Sudah lah memotong di garisan berkembar, boleh pula sebuah kereta terus memasuki lorong paling kanan ketika cuba melepasi deretan kenderaan di sebuah jalan.
Perbuatan berbahaya kedua-dua pemandu itu nyaris menyebabkan kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
Mujur tidak berlaku apa-apa apabila pemandu kenderaan dari arah bertentangan itu sempat mengelak lori yang turut memotong di garisan berkembar itu.
Kejadian itu sempat dirakam kamera papan pemuka dalam kereta dari arah bertentangan itu sebelum ia dimuat naik ke media sosial. – Getaran, 21 Oktober 2023
@getaranmy Bahaya nya! Sampai dua-dua lane diorang makan. Tolonglah hati-hati bila nak memotong ya ? #getaranmy #trending #dashcam ♬ original sound - Getaran