Isu penjarahan Israel terhadap Palestin sememangnya bukan hanya menyasarkan kepada umat Islam semata-mata sebaliknya juga terhadap penganut agama Kristian di bumi anbia itu.
Selepas mengebom Hospital Al-Ahli yang diasaskan mubaligh Kristian dari Gereja England dan kini diuruskan Gereja Evangelical Episcopal Jerusalem, pada awal minggu ini, rejim Israel mengebom pula gereja tertua di Palestin, Gereja Saint Porphyrius Greek Orthodox dalam serangan udara malam tadi.
Difahamkan gereja dibuka tahun 425 CE, menjadi tempat perlindungan kira-kira 500 rakyat Palestin yang beragama Kristian dan Islam, yang terjejas akibat serangan Israel.
Serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan kematian. – Getaran, 20 Oktober 2023
@getaranmy Tak terkata, kalau semua tempat jadi sasaran, mana lagi yang selamat? #GetaranMY #fyp #Semasa #Terkini ♬ original sound - Getaran