Ribut pasir yang melanda beberapa wilayah di Jordan termasuk Azraq dan Amman menjejaskan jarak penglihatan dan kualiti udara di kawasan berkenaan.
Menurut laporan, ia dipercayai berasal dari kawasan padang pasir di Syria dan ia berlaku akibat faktor meteorologi seperti siklon, angin kencang serta ribut taufan.
Susulan itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran dan nasihat kepada penduduk, antaranya meminta mereka mengehadkan aktivit luar dan memakai pelitup muka. - Getaran, 16 Oktober 2023
@getaranmy Ribut itu dikatakan berasal daripada kawasan padang pasir di Syria dan menjejaskan beberapa bandar, termasuk Amman, ibu negara Jordan. #getaranmy #trending #semasa #ributtaufan #jordan ♬ original sound - Getaran