Memilukan apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan, maut selepas diamanahkan kepada pengasuh di taska.
Dalam kejadian di Kota Damansara itu, bayi comel yang baru berusia dua bulan maut selepas dihantar di taska yang kemudian diketahui tidak berdaftar dengan pihak berkenaan.
Semoga perkara ini diambil perhatian serius kerajaan selain tindakan lebih tegas dikenakan terhadap pengasuh dan taska yang cuai supaya menjadi pengajaran serta mengelakkan perkara sama berulang.
Kepada keluarga mangsa, Getaran mengucapkan takziah atas pemergian insan tersayang dan semoga tabah berdepan saat getir ini. Al-Fatihah. – Getaran, 15 Oktober 2023
@getaranmy Seorang pengasuh warga asing ditahan polis susulan terlibat dengan kes pembunuhan bayi di Taska Kota Damansara Selasa lepas. #getaranmy #trending #terkini ♬ original sound - Getaran