Perbuatan seorang lelaki melintas jalan di celah-celah kenderaan yang sedang berhenti di sebuah jalan raya mengundang padah selepas dia dilanggar seorang penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak.
Melalui klip video yang dirakam oleh kamera papan pemuka (dashboard) sebuah kereta, seorang penghantar makanan yang sedang melalui kawasan itu terlanggar lelaki berkenaan dan kedua-dua mereka terjatuh.
Individu yang melintas itu kemudian bingkas bangun dan bergerak ke tepi jalan.
Dia dilihat menjenguk ke arah penghantar makanan yang tergolek di atas jalan, sebelum meninggalkan tempat kejadian.
Mujur sekumpulan penunggang motosikal lain yang melalui jalan sama berhenti dan membantu penghantar makanan itu. – Getaran, 11 Oktober 2023