Kisah pemandu sama ada motosikal atau kereta yang khayal di lampu isyarat sering berlaku setiap hari.
Mungkin ketika lampu isyarat bertukar warna dari merah ke hijau, ada pemandu yang sedang membelek telefon bimbit masing-masing atau berfikir mengenai kehidupan harian.
Tetapi adakalanya keadaan ini menyebabkan pemandu lain atau di belakang hilang rasa sabar, lebih-lebih ketika waktu puncak kerana lampu isyarat akan pantas bertukar warna jika lambat bergerak.
Baru-baru ini, tular video abang motor yang nyaris dilanggar akibat pemandu kereta tidak menyedari lampu isyarat sudah bertukar warna. - Getaran, 7 Oktober 2023
@getaranmy Lampu dah lama hijau tapi tak bergerak, abang motor pun konfius nasib tak sound #getaranMY #fyp #terkini #myvi #trending #trendingvideo ♬ original sound - Getaran