Berkonsepkan 'edutainment', Wetland Studio Putrajaya adalah hasil kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan KRU Studios Sdn Bhd, bertujuan menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya kepada masyarakat setempat dengan keindahan flora dan faunanya.
Menyediakan 15 ruangan termasuk tarikan tambahan panorama, Lakes & Rivers dan Majestic Ocean, Wetland Studio ini turut menempatkan pelbagai jenis replika gergasi haiwan termasuk dinosaur dan serangga yang mengguna teknologi pengesan gerakan atau motion detector.
Ia beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7 petang, setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum. - Getaran, 5 Oktober 2023
@getaranmy Berkonsepkan ‘edutainment', Wetland Studio ini dicipta hasil daripada gabungan KRU Studio dengan kepakaran teknologi animasi. Wetland Studio juga menempatkan pelbagai jenis replika gergasi haiwan termasuk dinosaur dan serangga yang menggunakan teknologi pengesan gerakan atau motion detector. #GetaranMY #fyp ♬ original sound - Getaran