Hidup ini keras...
Barangkali itu juga punca sekumpulan lelaki sanggup bergaduh, dipercayai kerana berebut 'rezeki' melibatkan urusan menunda kereta yang terbabit dalam nahas awal pagi tadi.
Insiden terbabit dikatakan berlaku berhampiran Kampung Malaysia Tambahan di Cheras.
Susulan kejadian, lapan daripada mereka ditahan selepas polis menerima laporan orang awam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, laporan mengenai pergaduhan itu diterima sekitar jam 1.37 pagi tadi. - Getaran, 3 Oktober 2023
@getaranmy Insiden berlaku di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras pada 2 Okt. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. #getaranmy #beritatiktok #beritaditiktok #beritafyp ♬ original sound - Getaran