Seorang lelaki maut, manakala ibunya cedera selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan Toyota Avanza di Jalan Parit 7, Sungai Manik, semalam.
Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Avanza dipandu lelaki berusia 60 tahun.
Kejadian itu mengakibatkan pemandu Perodua Myvi cedera parah akibat tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd Yunus, sepasukan anggota bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kemalangan pada jam 5.26 petang.
Katanya, mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala wanita warga emas yang juga ibu mangsa yang cedera dihantar ke hospital.
Video di lokasi kejadian turut dikongsi orang ramai menerusi media sosial.
@getaranmy Seorang lelaki maut manakala ibunya cedera dalam sebuah kemalangan melibatkan dua kenderaan di Sungai Manik, Teluk Intan. Salam Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. #getaranmy #berita #beritatiktok #beritaditiktok ♬ Instrumen Sedih - Yuda pratama