Tindakan penonton memasuki laluan pelumbaan Peringkat 5 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang sedang menempuh pendakian ke Genting Highland semalam, menyebabkan seorang jurukamera terjatuh dari motosikal yang diboncengnya.
Kejadian berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi dinaiki jurukamera stesen televisyen rasmi yang sedang mengekori rapat pelumba, hilang kawalan selepas terlanggar seorang penonton yang memasuki laluan di satu selekoh.
Melalui klip video yang tersebar, kelihatan penonton sengaja memasuki laluan dan merapati bukan saja petugas rasmi malah pelumba.
Peringkat 5 dari Slim River ke Genting Highlands semalam menyaksikan pelumba pasukan EF Education-Easypost, Simon Carr, menewaskan pesaingnya, yang juga rakan sepasukan, Jefferson Alexander Cepeda hanya dengan kelebihan 49 saat. – Getaran, 28 September 2023