Seorang kanak-kanak berusia dua tahun nyaris dilanggar kenderaan sewaktu cuba melintas jalan di Melaka, Rabu lalu.
Insiden terbabit berlaku apabila dia dipercayai turun dari kereta yang diparkir di tepi jalan secara sendirian.
Kejadian itu yang tular di media sosial turut menyebabkan berlaku kemalangan kecil apabila seorang pemandu dirempuh kenderaan lain, selepas dia memberhentikan keretanya secara mengejut bagi mengelak daripada terlanggar mangsa. - Getaran, 22 September 2023
@getaranmy Bahaya betul! Mana ibu bapa adik ni? #getaranmy #semasa #beritatiktok #beritaditiktok #beritaviral #trending #berita ♬ original sound - Getaran