Berita Terkini

14 minit yang lalu: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa 16 April ini - Setiausaha PDRM 2 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT

IKUTI KAMI


Nasser’s Kitchen @ Getaran Ep. 7: Tempura Udang

Video & Galeri Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 11:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikuti resepi hidangan kegemaran ramai yang cukup menyelerakan dari dapur Nasser’s Kitchen oleh Chef Nasser, eksklusif di Getaran.

BAHAN-BAHAN UNTUK TEMPURA UDANG

Bahan-Bahan

300g (6 ekor) Udang

100g Tepung Gandum (Tepung Kek jika ada)

20g Tepung jagung

1 biji telur saiz C

250ml air sejuk

Bahan Sos

2 sudu besar kicap Jepun Kikkoman

1 sudu besar kicap manis

150ml air panas

Kaedah

1. Buangkan kepala, kaki dan kulit udang. Jangan lupa untuk buang tali perut undang.

2. Untuk mengelakkan udang melengkung, kita akan kelarkan bahagain bawah udang seperti ini. Jangan potong terlalu dalam, lebih kurang 1/2 cm sahaja. Setelah dikelar, udang akan lebih mudah diluruskan.

3. Terbalikkan udang dan kelarkan bahagian atas pula secara menyerong. Tujuan kita ialah supaya luas permukaan undang lebih besar dan salutan tepung lebih mudah melekat.

4. Potongkan hujung ekor udang. Jika tidak dibuang, bahagian ini akan mengembang dan boleh meletup semasa digoreng dalam minyak panas!

5. Ulang untuk setiap ekor udang, dan ketepikan dahulu dalam peti sejuk.

6. Masukkan tepung gandum dalam bekas yang sesuai. Diikuti tepung jagung dan gaulkan supaya rata.

7. Masukkan telur dan 250ml air sejuk. Pastikan air betul- betul sejuk. Untuk hasil terbaik, gunakan air bercampur ais. Air yang sejuk akan menghalang pembentukkan protein gluten dalam bancuhan tepung salutan.

8. Gaulkan sehingga bahan-bahan bergabung sahaja. Elakkan bahan-bahan terlalu sebati

9. Jangan bimbang kalau masih ada gumpalan tepung dalam campuran. Gunakan dengan segera.

10. Panaskan minyak. Celupkan udang dalam campuran tepung tempura. Pastikan udang disalut sepenuhnya, dan masukkan dalam minyak yang panas. Lebih kurang 160C.

11. Udang perlukan hanya beberapa minit sahaja untuk masak. Bila mula kelihatan garing, balikkan udang. Bila sudah garing, udang boleh dikeluarkan.

12. Pastikan sisa-sisa tepung ditapis keluar setiap kali sebelum menggoreng lagi. Jika dibiarkan, minyak akan berbau hangus. Ulang menggoreng sehingga kesemua udang digoreng.

13. Untuk membuat sos tempura. Masukkan 2 sudu besar kicap Jepun Kikkoman. 1 sudu besar kicap manis dan kacau sebati. Tambah 150ml air panas dan kacau lagi.

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi