Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2022 Bakal Menutup Tirai, Meninggalkan Pelbagai 'Cerita'

Video & Galeri Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 2:56PM

Najib Razak ketika hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya tinggal beberapa jam sebelum 2023 menjelang tiba. Kita bakal meninggalkan 2022 dengan pelbagai peristiwa dan catatan sejarah. Banyak yang berlaku sepanjang tahun ini.

Antara yang mencuri tumpuan ialah hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Kes berkenaan mendapat liputan meluas bukan hanya media tempatan malah antarabangsa.

Anwar dilantik Perdana Menteri ke-10

Selain itu turut menarik perhatian ialah pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

Anwar dikerumuni penyokongnya selepas Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di lstana Negara. - Gambar oleh Sairien Nafis
Anwar dikerumuni penyokongnya selepas Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di lstana Negara. - Gambar oleh Sairien Nafis

Pintu sempadan Malaysia-Singapura dibuka

Selain itu, bermula pada 1 April 2022, pintu sempadan Malaysia dan Singapura dibuka semula kepada semua kategori pengembara yang telah lengkap divaksinasi tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19 termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

Suasana di Tambak Johor ketika sempadan Malaysia-Singapura dibuka semula. - Gambar oleh Azim Rahman
Suasana di Tambak Johor ketika sempadan Malaysia-Singapura dibuka semula. - Gambar oleh Azim Rahman

Kelab komedi Crackhouse dibatalkan lesen

Lesen perniagaan kelab komedi Crackhouse telah dibatalkan berkuat kuasa 30 Julai lalu.

Manakala pemiliknya disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan mana-mana premis di sekitar ibu negara ini. 

Ia susulan kontroversi melibatkan seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudung ketika membuat persembahan komediri.

Crackhouse telah disimbah dengan cat merah. - Gambar oleh Alif Omar
Crackhouse telah disimbah dengan cat merah. - Gambar oleh Alif Omar

Bantah pengambilan tanah

Penduduk membantah pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru untuk dimajukan melibatkan cadangan pembangunan pembinaan kondominium mewah, unit komersial dan blok flat.

Penduduk mendakwa terdapat perbezaan pampasan sebanyak 310 peratus yang ditawarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian, berbanding penilaian persendirian. - Gambar oleh Syeda Imran
Penduduk mendakwa terdapat perbezaan pampasan sebanyak 310 peratus yang ditawarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian, berbanding penilaian persendirian. - Gambar oleh Syeda Imran

Perhimpunan #TangkapAzam Baki

Perhimpunan #TangkapAzam Baki bagi mendesak penahanan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah diadakan Pada 22 Januari lalu. 

Prhimpunan ini tidak mendapat kebenaran polis kerana ia melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Gambar oleh Syeda Imran
Prhimpunan ini tidak mendapat kebenaran polis kerana ia melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Gambar oleh Syeda Imran

Bayaran tol dikuatkuasakan

Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) mula dikenakan bayaran tol tengah malam 30 November lalu selepas 48 hari menikmati kemudahan penggunaan lebuh raya itu secara percuma.

Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Samy Vellu meninggal dunia

Bekas Presiden MIC, Tun Dr S Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada usia 86 tahun.

Samy Vellu menerajui MIC selama 31 tahun bermula 1979 hingga 2010. - Gambar oleh Sairien Nafis
Samy Vellu menerajui MIC selama 31 tahun bermula 1979 hingga 2010. - Gambar oleh Sairien Nafis

Banjir

Beberapa kawasan di sekitar Meru di Klang dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dilaporkan dilanda banjir kilat sedalam 0.3 meter.

Seorang wanita meredah banjir berhampiran papan tanda mengenai amaran banjir di Meru, Klang, baru-baru ini. - Gambar oleh Sairien Nafis
Seorang wanita meredah banjir berhampiran papan tanda mengenai amaran banjir di Meru, Klang, baru-baru ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Debat Perdana

Debat Perdana antara  Anwar Ibrahim dengan Najib Razak yang membincangkan hal berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara telah diadakan pada Mei lalu. 

Debat itu merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas SEB sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

Bahagian kedua berkisar tentang 'Masa Depan Malaysia' yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab.

Debat Perdana antara Najib dan Anwar. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Debat Perdana antara Najib dan Anwar. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Nagaentran Dharmalingam jalani hukuman gantung

Mayat rakyat Malaysia, Nagaentran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi, Singapura pada 27 April lalu selepas didapati bersalah menyeludup dadah ke negara itu pada 2009, tiba di kampung halamannya di Tanjung Rambutan, Perak.

Keluarga Nagaentran Dharmalingam tidak dapat menahan kesedihan apabila mayatnya tiba di Tanjung Rambutan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Keluarga Nagaentran Dharmalingam tidak dapat menahan kesedihan apabila mayatnya tiba di Tanjung Rambutan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Demo LCS

Perhimpunan bagi  mendesak kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkait skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) telah diadakan di Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Kumpulan penganjur yang menggelarkan diri mereka Jawantankuasa Protes Mana Kapal LCS? dalam kenyataannya, menuntut kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala salah laku yang berlaku

Himpunan sebagai tanda protes terhadap skandal LCS telah diadakan di hadapan pusat beli belah SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman. - Gambar oleh Alif Omar
Himpunan sebagai tanda protes terhadap skandal LCS telah diadakan di hadapan pusat beli belah SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman. - Gambar oleh Alif Omar

Hari Kebangsaan 2022

Penantian dua tahun rakyat Malaysia untuk beramai-ramai hadir ke acara sambutan Hari Kebangsaan secara fizikal dan besar-besaran, berakhir apabila acara bagi memperingati tarikh keramat negara itu telah menggegarkan Dataran Merdeka pada 31 Ogos lalu.

Acara penuh gilang gemilang Hari Kebangsaan 2022 tu memperlihatkan penglibatan jumlah kontinjen serta aset yang banyak dan berjaya memukau kira-kira 50,000 pengunjung.

Acara perarakan yang sentiasa dinantikan setiap kali tibanya Hari Kebangsaan. - Gambar oleh Alif Omar
Acara perarakan yang sentiasa dinantikan setiap kali tibanya Hari Kebangsaan. - Gambar oleh Alif Omar

Konsert Dewa 19

Kumpulan terkenal Indonesia, Dewa 19 menempuh sebuah perjalanan panjang sejak ia mula ditubuhkan 30 tahun lalu. Bagi meraikan detik bersejarah itu, konsert ulang tahun penubuhan band mereka diadakan dua hari berturut-turut sebagai menghargai sokongan peminatnya di Malaysia selama ini.

Dewa 19 berjaya memukau 9,000 pengunjung yang hadir dengan 35 buah lagu yang didendangkan sepanjang 3 jam konsert berlangsung.

Konsert ulang tahun Dewa 19 di Kuala Lumpur baru-baru ini - Gambar oleh Alif Omar
Konsert ulang tahun Dewa 19 di Kuala Lumpur baru-baru ini - Gambar oleh Alif Omar

(#KLFW2022)

Setelah membuat kemunculan kembali penuh gaya pada tahun lalu, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (#KLFW2022) berlangsung sekali lagi di Pavilion KL pada 17 hingga 21 Ogos 2022.

Menampilkan lebih 40 pereka fesyen tempatan, acara kali ini dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ke-10 persada pentas fesyen yang satu ini.

#KLFW diadakan dengan matlamat memupuk minat yang mendalam dalam industri fesyen tempatan. - Gambar oleh Syeda Imran
#KLFW diadakan dengan matlamat memupuk minat yang mendalam dalam industri fesyen tempatan. - Gambar oleh Syeda Imran

PRU-15 diadakan 19 November 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November.

Manakala hari pengundian awal ialah pada 15 November 2022.

Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah berkempen pada PRU-15 lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah berkempen pada PRU-15 lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Tragedi tanah runtuh

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya pada 16 Disember lalu telah mengorbankan 31 orang. Daripada angka korban itu, 18 ialah individu dewasa dan 13 kanak-kanak termasuk seorang bayi berumur setahun.

Pasukan SAR mengeluarkan mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya. - Gambar oleh Sairien Nafis
Pasukan SAR mengeluarkan mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya. - Gambar oleh Sairien Nafis

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 16 jam yang lalu

Burung Pun Tumpang Tawaf

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 20 jam yang lalu

Kekecohan Di Masjid, Polis Sudah Terima Laporan

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Demi Bola, Sejuk Pun Sejuk La

oleh Wartawan Getaran