2 jam yang lalu: FELCRA sediakan perlindungan Perkeso untuk 10,000 peserta 2 jam yang lalu: Polis KL rekod 444,120 laporan polis tahun lepas 2 jam yang lalu: MCMC, SDEC ambil langkah interim atasi capaian internet di Kampung Semawa 2 jam yang lalu: DUN Kedah dijangka bubar selepas 18 Jun - Muhammad Sanusi2 jam yang lalu: Sulawesi Selatan dilanda banjir kilat
Berita Terkini
2 jam yang lalu: FELCRA sediakan perlindungan Perkeso untuk 10,000 peserta 2 jam yang lalu: Polis KL rekod 444,120 laporan polis tahun lepas 2 jam yang lalu: MCMC, SDEC ambil langkah interim atasi capaian internet di Kampung Semawa 2 jam yang lalu: DUN Kedah dijangka bubar selepas 18 Jun - Muhammad Sanusi2 jam yang lalu: Sulawesi Selatan dilanda banjir kilat
Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
KUALA LUMPUR - ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ adalah gambaran tepat bagi menyimpulkan situasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor.
Menerusi apa dilihat dan didengar, kita mungkin hanya boleh membayangkan betapa mencabarnya tugasan dipukul anggota pasukan itu.
Hakikatnya sukar digambarkan dengan kata-kata, seperti pengalaman saya mengikuti misi mereka dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam semalam untuk membantu merakamkan gambar beberapa anggota pasukan yang bertugas.
Seketika kemudian, saya terpaksa berhenti sebentar kerana letih dan sukar bergerak di tanah lembik serta berlumpur, sambil membawa peralatan kamera yang berat.
Seorang daripada anggota pasukan itu berkongsi dengan saya bahawa mereka terpaksa menikmati makanan yang dihantar kepada mereka di tempat pencarian, bagi memastikan misi untuk mencari mangsa masih hilang diteruskan.
Ketika operasi ingin ditamatkan sementara semalam, pasukan itu menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan tertimbus pada kedalaman lumpur 16 meter (m).
Situasi itu cukup menyedihkan dan menyayat hati saya tatakala melihat anggota pasukan mengangkat mayat kecil berkenaan daripada serpihan runtuhan, sebelum meletakkannya di dalam beg mayat serta dibawa keluar dari kawasan pencarian. - The Vibes, 21 Disember 2022
Mesin jengkaut mengali tanah di Sektor C untuk mencari mangsa yang tertimbus. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota bomba bergerak ke tapak kejadian tanah runtuh di waktu senja. - Gambar oleh Sairien NafisPenguasa Kanan Bomba Abdul Manaf Che Isa : Ketua Operasi Pasukan SMART - sedang memberi taklimat penugasan kepada anggota beliau di lokasi tempat kejadian. - Gambar oleh Sairien NafisPetugas memasang lampu untuk menerangi kawasan kejadian. - Gambar oleh Sairien NafisSeorang anggota bomba membawa makanan untuk rakan yang bertugas. - Gambar oleh Sairien NafisDua orang anggota bomba sedang memantau usaha mencari. - Gambar oleh Sairien NafisSebuah bagasi kecil ditemui di tapak kejadian tanah runtuh. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota bomba yang kepenatan menjalankan usaha mencari mangsa, berehat sebentar. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota penyelamat tanah runtuh Batang Kali meletakkan mayat mangsa ke-25 tragedi itu di dalam beg mayat. Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui tertimbus 16m dalam lumpur. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota bomba yang terlibat dalam usaha mencari mangsa kejadian tanah runtuh, berehat untuk makan malam semalam. - Gambar oleh Sairien NafisAnggota penyelamat di Batang Kali berkumpul di sekitar unggun api pada hari kelima pencarian, malam tadi. - Gambar oleh Sairien NafisKunci kecemasan pintu pagar utama di lokasi kejadian tanah runtuh Batang Kali. - Gambar oleh Sairien NafisSeorang anggota bomba berehat selepas berhempas-pulas selama lima hari dalam operasi mencari dan menyelamat. - Gambar oleh Sairien Nafis
Sorotan
1
Tumpahan Diesel, Hidraulik Berjaya Dikawal Elak Masuk Sungai
2
Bella Astillah Akhirnya Dedah Mesej Perbualan Bersama Sophia AlBarakbah
3
Kami Bukan Persoal Integriti Parti, Tetapi Tindakan Ahmad Zahid - Tun Faisal
Popular Sekarang
Filem & TV15 minit yang lalu
'Coast Guard Malaysia : Ops Helang', Garapan Cukup Baik Daripada Allahyarham Pitt Haniff
Selebriti2 jam yang lalu
Semoga Syamsul Kembali Ke Skop Productions, Tiada Niat Tengok Dia Jatuh - Yusof Haslam
Politik8 jam yang lalu
Akaun BERSATU Dibeku: Slogan PN BEST Sudah ‘Tercemar’, Mampu Jejas Sokongan
Selebriti19 jam yang lalu
Bella Astillah Akhirnya Dedah Mesej Perbualan Bersama Sophia AlBarakbah