Mogul fesyen, Datuk Seri Farah Khan sentiasa berada di hadapan apabila membicarakan tentang fesyen. Untuk Ramadan dan Syawal tahun ini, jenama fesyennya, Farah Khan, berkolaborasi dengan jenama skarf yang semakin mencipta nama, Caramel Fashion Scarves milik Datin Azila Caramella menghasilkan koleksi skarf edisi terhad yang boleh digayakan oleh mana-mana wanita moden hari ini.