web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nasser’s Kitchen @ Getaran Ep. 4: Ayam Masak Merah

Video & Galeri Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 6:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikuti resepi hidangan kegemaran ramai yang cukup menyelerakan dari dapur Nasser’s Kitchen oleh Chef Nasser, eksklusif di Getaran.

BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan

1 ekor ayam (1.5 kg)

5 biji cengkih

5 biji buah pelaga

2 kelopak bunga lawang

1 inci (2.5cm) kayu manis

8 sudu besar cili kisar

2 sudu besar tomato puree

3 sudu beasar sos tomato

Daun ketumbar

Daun pudina

Daun sup

1 biji bawang merah besar dihiris untuk tumisan

5-6 Sudu besar gula

1 sudu kecil serbuk kunyit

Garam

Bahan Kisar

4 biji bawang merah besar

5 ulas bawang putih

3cm halia

Bahan Dadih/Tairu

Jus 1 biji limau nipis

1/4 tin susu cair

Kaedah

1. Campurkan jus limau nipis kepada susu cair untuk membuat dadih/tairu. Kacau sehingga pekat dan ketepikan.

2. Kisarkan bawang merah besar, bawang putih dan halis dengan sedikit air sehingga halus. Ketepikan bahan yang telah dikisar.

3. Perapkan ayam dengan 1 1/2 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit selama 10 minit.

4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Bila minyak sudah panas goreng ketulan ayam.

5. Ayam akan cuma dimasak 70% sahaja kerana akan dimasak lagi di dalam kuah masak merah. Kesilapan yang sering dilakukan ialah menggoreng ayam terlalu lama. Jika ayam sudah masak sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam kuah, ayam akan keras dan liat.

6. Angkat keluar ayam apabila sudah kelihatan garing diluar. Ulang sehingga kesemua ayam digoreng.

7. Tumiskan bawang yang dihiris dalam minyak gorengan ayam. Ini akan menambahkan perisa kuah masak merah.

8. Bila bawang sudah mula kelihatan garing masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan cengkih.

9. Bila bawang garing dan berwarna kuning keemasan, masukkan bahan kisar.

10. Tumis sehingga bahan kisar mula mengering dan berbau wangi, kemudian tambah cili kisar. Cili kisar perlu digoreng cukup garing untuk mendapatkan kuah masak merah yang baik.

11. Bila bahan tumisan sudah mula berwarna gelap dan menjadi pekat, masukkan 2 sudu besar tomato puree dan 3 sudu besar sos tomato.

12. Masukkan campuran susu cair dan jus limau nipis. Kacau segingga sebati.

13. Tumis untuk 5 minit lagi.

14. Tambah daun pudina, daun ketumbar dan daun sup. Kacau supaya rata.

15. Masukkan 1 1/2 sudu kecil garam. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.

16. Masukkan 5-6 sudu besar gula. Kalau tidak suka kuah yang manis, boleh kurangkan ikut cita rasa masing-masing.

17. Masukkan ketulan ayam ke dalam kuah. Tutup dan renihkan untuk 15-20 minit supaya ayam masak sepenuhnya.

18. Ayam masak merah sudah siap untuk dihidangkan.

19. Hiaskan dengan daun pudina, daun sup segar dan bawang goreng.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 18 jam yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad