Berita Terkini

9 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Dodol Anak Melaka, Juadah Tradisi Di Zaman Moden

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 9:01AM

Amran Ali menggunakan resepi asli keluarganya untuk menghasilkan Dodol Anak Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Dodol dan hari raya bagaikan irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan.

Kepalang enaknya juadah tradisional ini, ia tetap menjadi buruan walaupun zaman dihambat kemodenan, dan menu terkini mula mendominasi pilihan generasi muda.

Lazimnya seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri, golongan pengusaha juadah kegemaran ramai ini mula ‘bersilat’, tak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan, apatah lagi jika kualiti dan dan produk dihasilkan menjadi sebutan ramai.

Situasi sama dilalui pemilik Dodol Anak Melaka, Amran Ali, 48 yang saban tahun dihujani tempahan gara-gara keenakan dodol asli resipi rahsia beliau sekeluarga.

Walaupun negara dilanda penularan COVID-19, ia tidak menghalang orang ramai membuat tempahan, meskipun ia hanya sekadar untuk dinikmati bersama ahli keluarga terdekat.

Menurut Amran, kesemua tempahan pelanggan akan mula diproses sekitar minggu kedua Ramadan, bagi memastikan ia sempat tiba di tangan pelanggan.

“Dodol buatan saya sekeluarga tidak dipasarkan secara meluas, dan hanya dibuat berdasarkan permintaan pelanggan, walaupun tahun ini jumlahnya agak berkurangan daripada biasa akibat pandemik COVID-19,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Bapa dua anak itu memberitahu, setiap tahun mereka menerima tempahan dodol lebih daripada satu tan, dan jumlah itu walaupun berkurangan sejak tahun lalu, ia sama sekali tidak menjejaskan operasi syarikat.

“Dodol kami boleh dikatakan eksklusif kerana dibuat khas mengikut tempahan pelanggan, termasuk syarikat dan pembeli dari Singapura.

“Sebelum kehadiran pandemik, tempahan diterima melebihi satu tan namun kerana penularan virus, jumlah itu sedikit menyusut kepada satu tan dodol bermula tahun lalu,” katanya, tersenyum.

Azman membungkus dodol yang ditempah pelanggannya di kediamannya di Melaka.
Azman membungkus dodol yang ditempah pelanggannya di kediamannya di Melaka.

Amran memberitahu, setiap hari mereka mampu menyediakan sehingga 80 kilogram dodol yang memerlukan masa antara lapan hingga 10 jam sebelum ia siap sepenuhnya.

“Proses pembuatan dodol perlu dilakukan dengan penuh teliti, bersama kawalan api yang baik dan sukatan adunan yang tepat.

“Dodol tidak boleh terlalu cair, tidak juga terlalu pekat hingga menjadi keras,” katanya yang dibantu oleh isteri, anak lelaki serta anak saudara dalam penghasilan juadah tradisi itu.

Beliau memberitahu, tempahan dodol tidak boleh disiapkan terlalu awal bagi menjamin kualiti rasa, agar ia sentiasa segar untuk dinikmati pembeli.

“Kami mahu semua pembeli Dodol Anak Melaka menikmati hasil berkualiti dan rasa dodol yang masih ‘segar’, bukan seperti sudah lama dimasak, memandangkan produk kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet,” katanya,

Ditanya mengapa Dodol Anak Melaka menjadi pilihan antara sekian banyak yang ada di pasaran, Amran berkata mereka menggunakan sepenuhnya gula melaka asli dan santan segar.

Mengakui proses penghasilan dodol itu sememangnya sesuatu yang renyah dan rumit, Amran berkata, beliau pada akhirnya tetap berpuas hati kerana produk berkenaan berhasil mendapat tempat di hati pelanggan, dek kecemerlangan kualiti dimiliki.

“Bukan mudah proses penghasilan dodol ini. Selain proses mengacau dan penyediaan yang amat rumit, kerja pembungkusan juga perlu dilakukan dengan penuh rapi, cermat dan teliti bagi mengelakkan ia mudah berkulat.

“Kerana itu pembungkusan hanya boleh dilakukan apabila dodol benar-benar sejuk, bagi mengelakkan wap panas terperangkap, seterusnya menyebabkan ia cepat berkulat dan berbau hapak,” jelasnya.

Mengimbas kembali sejarah pembabitan beliau dalam perniagaan ini, Amran berkata segalanya bermula dari membantu kedua ibu-bapanya yang sememangnya pakar dalam pembuatan dodol, sekitar 20 tahun lalu.

“Apabila mereka meninggal dunia, saya mencuba nasib meneruskan perniagaan itu, berpandukan resipi asli yang diwarisi.

“Bermula tahun 2000 saya mula menerima tempahan, majoritinya daripada saudara-mara dan kenalan terdekat,” katanya.

Tanpa disedari jelas Amran, tempahan diterima semakin bertambah dan rasa dodol dihasilkan kian mendapat tempat, menyebabkan dia mula memberanikan diri memasarkan Dodol Anak Melaka berkenaan.

“Daripada satu kuali, bertambah kepada dua sehinggalah sekarang, dan saya amat bersyukur kerana resipi asli warisan keluarga ini digemari pelanggan,” katanya.

Selain dodol, Amran turut menerima tempahan wajik atau nasi manis. – Getaran, 3 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 23 jam yang lalu

Pelan Tindakan KL20 Sasar Capai Penilaian Pemula Niaga RM400 Bilion Menjelang 2030