Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anak Tempatan Raih Rating 4.9, Produk ‘Home Based’ Catat 20,000 Pengikut

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Rebut dan manfaatkan kemudahan yang ada untuk mengembangkan perniagaan anda

Usahawan Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 8:53AM

Produk terlaris Lampu Cherita iaitu ‘Scented Candle 200ML

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah yang ingin dikongsi kali ini adalah mengenai jenama yang tersenarai dalam kempen #ShopeeSapotLokal iaitu Lampu Cherita dan HomeDecoStore. Kedua-dua jenama yang diterajui oleh dua anak muda ini meraih kejayaan manis apabila bijak mengatur strategi dengan menggunakan kemudahan teknologi yang ada untuk berjualan di dalam talian.

Dedikasi mereka dalam mencipta rekaan tersendiri dan memberikan khidmat pelanggan terbaik telah menghasilkan satu pangkalan pelanggan setia, sementara membentuk perkembangan perniagaan berasaskan nilai dalam talian. Mereka menggunakan ciri-ciri Shopee interaktif seperti Shopee Seller Chat, Shopee Live, dan permainan Shopee Prizes dalam berkomunikasi dengan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas dua hala, memahami nilai dan minat.

Pengasas Lampu Cherita, Mohd Zaid Othman, memahami kehendak rakyat Malaysia yang ingin memiliki lilin wangi berkualiti tinggi seperti jenama antarabangsa, tetapi pada harga mampu milik. 

Mohd Zaid Othman bersama petugasnya di Shopee Seller Summit
Mohd Zaid Othman bersama petugasnya di Shopee Seller Summit

 Zaid mencipta lilin wangi soya (soy wax) 100% bersumber tempatan dan mesra alam pada harga serendah RM7.00. Zaid aktif berkomunikasi dengan pelanggan melalui Shopee Seller Chat untuk memberi cadangan dan penjelasan peribadi tentang bagaimana pelbagai rangsangan wangian lilin boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian. Pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini telah memberikan rating 4.9 bintang daripada 19 ribu ulasan dan 23 ribu pengikut kepada Lampu Cherita sejak beroperasi di Shopee lima tahun lalu. 

Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Zaid mendapat bantuan daripada keluarganya dan mengambil dua pekerja sambilan. Hanya beroperasi dari rumah di Cheras, mereka melakukan kerja secara manual dan mencipta secara teliti 50 hingga 100 lilin wangi pada setiap hari. 

Produk terlaris Lampu Cherita ialah ‘Scented Candle 200ML’ yang terjual hampir 30 ribu unit. Antara wangian inspirasi Malaysia yang dihasilkan ialah Klasik, Pandan, Lychee, Coconut, dan Lime Basil Mandarin. 

“Empat tahun lalu, saya tidak mampu membeli lilin wangi mahal, saya memulakan misi untuk menawarkan pengalaman lilin wangi terbaik buat rakyat Malaysia tanpa berbelanja besar. Menggunakan 100% soya (soy wax) yang diperolehi dari Selangor dan Kuala Lumpur, saya menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik.”

“Menerusi interaksi saya bersama pelanggan melalui Shopee Seller Chat, saya percaya rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menyokong produk tempatan yang mampu bersaing dengan jenama antarabangsa dari segi kualiti dan nilai.”

“Terima kasih kepada Shopee, saya mempunyai platform untuk menghubungi lebih ramai rakyat Malaysia. Dengan dedikasi tidak ternilai kakitangan berbakat saya, perniagaan saya telah berkembang 10 kali ganda. Kami berbangga dapat menghasilkan lilin wangi berkualiti tinggi dan mampu milik yang menepati cita rasa rakyat Malaysia,” ulas Zaid. 

Edward Wong bersama seorang kakitangan di Shopee Seller Summit
Edward Wong bersama seorang kakitangan di Shopee Seller Summit

Bagi pemilik HomeDecoStore, Edward Wong pula, dia menemui ‘hero’ produk jualannya iaitu sejadah mini setelah mendengar maklum balas penting daripada kakitangan muslimnya. Mereka memaklumkan kepada Edward bahawa terdapat permintaan tinggi (tetapi kurang bekalan) untuk pilihan berkualiti tinggi dan mampu milik dalam kategori ini. 

Sejak melancarkan ‘HDS Sejadah Muka’ dua bulan lalu, ianya kini menjadi produk terlaris HomeDecoStore. Selain mendapat tempahan daripada orang perseorangan, pihaknya juga mendapat  tempahan secara pukal sehingga 10 ribu helai. 

"Saya percaya yang membezakan saya dengan penjual lain adalah kerana rekaan sejadah kami unik dan tersendiri. Saya bertanya kepada pelanggan tentang rekaan dan cita rasa kegemaran mereka setiap kali berkomunikasi di Shopee Live. 

Edward Wong bersama sejadah mini rekaannya
Edward Wong bersama sejadah mini rekaannya

Maklum balas daripada merekalah saya gunakan untuk menghasilkan rekaan. Pada masa sama, saya juga berusaha menghormati sensitiviti agama. Menerusi Shopee Live,  saya dapat mempamerkan produk saya secara terperinci, sekaligus meraih jualan serta-merta. Ciri permainan seperti Shopee Coins dan Spin the Wheel juga amat membantu kerana ia memberi ganjaran kepada mereka dalam mengekalkan kesetiaan,” ujar Edward. 

Kini HomeDecoStore sudah mempunyai 34 ribu pelanggan setia di Shopee. HomeDecoStore telah menjana 4.9 bintang rating daripada lebih 10 ribu ulasan dan mengekalkan Chat Perfomance 100% dalam beberapa minit selama empat tahun di Shopee. 

Lampu Cherita dan HomeDecoStore adalah antara banyak lagi jenama produk tempatan yang berjaya mengembangkan perniagaan mereka dengan berjualan di platform dalam talian. Ini membuktikan usaha, kreativiti dan teknologi perlu seiring untuk kekal bersaing dalam dunia tanpa sempadan ini. - Getaran, 16 Ogos 2023

Foto : Shopee Malaysia

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 17 jam yang lalu

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City