web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jutawan Hartanah Undur Diri Dari Media Sosial, Mahu Fokus Perniagaan

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 3:52PM

Muhammad Azlan Al Amin - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dunia media sosial tanpa sempadan yang sering disalahguna hingga mencetuskan pelbagai implikasi negatif menjadi antara punca jutawan hartanah, Datuk Muhammad Azlan Al Amin mengundurkan diri dari alam maya.

Mendedahkan keputusan itu kepada Getaran, Muhammad Azlan berkata, fokus utama beliau kini terarah sepenuhnya kepada perniagaan dibangunkan.

Jelas Azlan, sudah tiba masa untuk beliau memberi segenap perhatian kepada urus tadbir korporat, dengan dibimbing oleh barisan tokoh berwibawa yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Saya memang sudah bertekad untuk menjauhkan diri dari semua platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

“Saya ada hala tuju dan matlamat perniagaan yang jelas untuk dicapai bermula sekarang, kerana itu fokus terarah kepada membangunkan semua syarikat dimiliki ke tahap lebih cemerlang,” katanya.

Jelas Azlan, beliau tidak pernah serik atau bosan dengan hiruk-pikuk dunia maya, walaupun pernah berdepan pelbagai tohmahan hingga mencemar nama baik dan imej dimiliki.

“Saya tidak serik, cuma sudah terlalu banyak membuang masa melayani setiap tuntutan media sosial.

“Ketika ini saya tidak mahu lagi melayani gosip dunia alam maya yang tidak bersempadan,” katanya.

Tegas beliau, meletakkan noktah pada media sosial bukan bererti dirinya mahu meminggirkan semua teknologi moden yang ada dan kembali kepada dunia serba kuno dan tradisional.

“Saya cuma mahu melayari hidup dengan penuh etika, integriti dan disiplin. Selebihnya, biarlah doa menjadi penyambung silaturrahim dengan rakan-rakan di alam maya,” katanya.

Getaran difahamkan, semua platform media sosial milik Azlan kini dikendali sepenuhnya oleh pentadbir dan pengunjung masih berpeluang memperoleh maklumat terkini berkaitan usahawan berkenaan atau perniagaan dijalankan. - Getaran, 7 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan