web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahi Itik, Juadah Unik Idaman Ramai Di Kelantan

Usahawan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 9:22AM

Hanisah (kanan) bersama kakak iparnya, Aminatul Akma menunjukkan kuih Tahi Itik yang diusahakannya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Keenakan kuih tradisional Tahi Itik menjadi rebutan di kalangan penggemarnya yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kuih itu sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Walaupun namanya agak pelik dan dianggap ‘meloyakan’ bagi segelintir pihak, namun kuih resepi warisan turun temurun itu sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kalangan penggemar.

Kecintaan terhadap juadah itu bukan hanya tumbuh di hati penduduk setempat, tetapi turut menjadi idaman masyarakat di luar Kelantan.

Pengusahanya, Hanisah Kamaruzzaman, 35, berkata, kuih Tahi Itik memerlukan putih telur, gandum, minyak masak dan gula dalam kuantiti yang besar.

Hanisah yang tinggal di Kampung Tikat berkata, setiap hari dia menggunakan 3,000 biji telur untuk menghasilkan kuih Tahi Itik, manakala kuning telur digunakan untuk membuat kuih Jala Mas dan Buah Tanjung.

“Kuih ini mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli termasuk ejen yang menjualnya kembali di kedai atau pasar.

“Alhamdulillah, ramai yang menggemari kuih ini termasuk golongan muda. Saya menggunakan resipi turun temurun daripada Allahyarham ibu mertua,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini.

Hanisah membungkus kuih Tahi Itik di rumahnya di Kampung Tikat, Kota Bharu.
Hanisah membungkus kuih Tahi Itik di rumahnya di Kampung Tikat, Kota Bharu.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata, pembuatan kuih tersebut diusahakan bersama suami, Mohamad Safwan Mohammed, 34, dan bapa mertua, Mohammed Omar, 63.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia dan suami mengambil keputusan mengusahakan juadah terbabit kerana menu tradisional berkenaan pupus, sekali gus memastikan ia terus dikenali, khususnya di kalangan generasi muda.

“Setiap hari, saya dan suami mampu menjual sebanyak 500 bungkus kuih Tahi Itik yang dibungkus bersama kuih Jala Mas dan Bunga Tanjung pada harga RM5 satu bungkus.

Kakak ipar Hanisah, Aminatul Akma, 36, berkata, resepi kuih Tahi Itik warisan daripada ibunya, Allahyarham Nik Fatimah Nik Salleh, 60, sangat istimewa kerana teksturnya yang lembut, tidak terlalu manis dan mampu tahan sehingga empat bulan jika disimpan di dalam peti ais.

Katanya, arwah ibunya mengusahakan kuih itu sejak 15 tahun lalu sebelum diambil alih adiknya, Mohamad Safwan.

“Saya bersyukur kerana resepi ibu ini mempunyai penyambung warisan kerana tidak mahu ia luput ditelan zaman,” katanya. - Getaran, 14 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ