web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Richiamo Coffee Sasar Miliki 100 Cawangan Sehingga Akhir Tahun Ini

Usahawan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 2:57PM

Muhamad Zamry Abu Samah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Richiamo Coffee Sdn Bhd, pemegang lesen rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee, sedang giat mengembangkan operasinya ke seluruh negara dengan sasaran untuk memiliki 100 cawangan menjelang akhir 2021.

Pengarah Urusan, Muhamad Zamry Abu Samah berkata setakat ini 42 cawangan Richiamo Coffee sudah beroperasi di seluruh negara dan pihaknya mahu membuka 55 cawangan baharu lagi termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kita akan ada pertambahan 15 cawangan selepas Aidilfitri, yang ketika ini sedang melalui proses ubah suai dan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua bulan.

“Syarikat juga akan bekerjasama dengan satu organisasi yang cukup besar di Malaysia, dan lebih kurang  (akan mempunyai cawangan Richiamo) di setiap daerah. Mereka akan menjadi pemberi lesen induk kami,” katanya kepada pemberita selepas majlis buka puasa bersama media di sini, pada Jumaat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai organisasi tersebut, namun menyatakan satu Memorandum Persefahaman akan dimeterai selepas Aidilfitri.

Antara lokasi cawangan baharu ialah Desaru dan Batu Pahat di Johor; Sungai Petani di Kedah serta Perai, Pulau Pinang, katanya.

Mengulas mengenai saingan dalam pasaran, Muhamad Zamry berkata meskipun jenama Richiamo Coffee baru berusia lima tahun namun terdapat permintaan yang tinggi untuk produknya.

Beliau berkata menu yang ditawarkan adalah unik dan pelbagai dengan gabungan antarabangsa dan tempatan sekali gus membuatkan pelanggan merasa ‘lebih dekat’.

“Harga juga mempunyai peranan penting. Kopi kami berharga 45 peratus lebih rendah daripada harga pesaing lain tanpa menjejaskan kualiti yang diberikan,” katanya.

Melangkah maju, beliau menyasarkan jenama Richiamo Coffee menembusi pasaran antarabangsa antaranya Brunei, Bangladesh, Myanmar, Uzbekistan serta Arab Saudi -- Makkah dan Madinah.

“Sebelum pandemik, ada beberapa perbincangan telah dibuat untuk membuka cawangan di beberapa negara luar namun, disebabkan kekangan COVID-19 kami terpaksa menghentikan perancangan ini buat sementara waktu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Riena Diana Hilang Ingatan!

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?