web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandemik COVID-19 Bantu Zunika Perluas Pasaran Sotong Tutoknya

Usahawan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 1:28PM

Sotong Ketuk atau lebih dikenali sebagai Suntong Tutok dalam kalangan masyarakat di Sarawak merupakan kudapan istimewa pada bulan Ramadan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Bermula dengan hanya berniaga di pondok kecil di depan rumah, Dayang Zunika Abang Adenan, 56, kini menjadikan media sosial sebagai saluran untuk memasarkan sotong tutok dan sotong gilingnya.

Pondok kecil yang didirikan di depan rumahnya di Kampung Nombor Enam di sini, merintis perjalanannya sebagai pengusaha dua sajian popular di Sarawak itu, khususnya pada bulan Ramadan, namun kini pelanggannya mempunyai pilihan sama ada datang sendiri ke gerainya atau membuat pesanan secara maya.

“(pandemik) COVID menyedarkan saya perniagaan ini tidak boleh bergantung pada pelanggan yang datang tetapi menghantar produk kepada mereka (menerusi pemasaran media sosial),” katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.

Sotong tutok yang merupakan frasa bahasa Melayu Sarawak bermaksud sotong yang diketuk dan sotong giling Dayang Zunika sudah tidak asing bagi masyarakat di bandar raya ini, yang mana sejak tiga dekad lepas, gerainya yang terletak di sebuah perkampungan Melayu di sini akan menjadi tumpuan umat Islam untuk membeli hidangan itu sebagai juadah berbuka puasa.

“Pelanggan yang datang mempunyai pilihan untuk membeli sotong giling yang diproses menggunakan alat penggiling ataupun sotong tutok yang ditumbuk rata menggunakan tukul yang dijual antara RM10 dan RM18, bergantung pada saiznya,” katanya.

Dayang Zunika berkata sewaktu mula-mula menjalankan perniagaan itu pada awal 1990-an, beliau menggunakan kayu api untuk memanggang sotong tersebut sebelum diproses menjadi sotong tutok dan sotong giling.

Namun selepas beberapa tahun, beliau memilih untuk memanggang sotong menggunakan dapur gas yang disifatkan lebih praktikal.

Gerai kayunya juga sudah digantikan dengan kanopi yang moden dan selesa, namun beliau sedar produknya mampu pergi lebih jauh sekiranya turut dipasarkan secara dalam talian.

Kini, selain dibantu anak-anak yang lebih arif tentang media sosial, Dayang Zunika turut mengupah dua pekerja bagi membuat penghantaran ke rumah pelanggan di sekitar bandar raya.

“Pada mulanya saya agak bimbang juga dengan kesan (pandemik) COVID-19 ini kepada perniagaan saya tetapi nampaknya ia telah membuka peluang baharu untuk meluaskan lagi pasaran saya dengan menggunakan kaedah perniagaan dalam talian,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?