web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Rakit JEMBARA, Bercuti Sambil Menderma

Usahawan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 9:24AM

Rumah rakit sesuai untuk bersantai sambil memancing di Sungai Pahang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Bagi kaki pancing, peluang untuk bersantai bersama keluarga sambil meneruskan hobi semakin mudah apabila konsep rumah rakit diperkenalkan operator di sepanjang Sungai Pahang.

Selepas menyaksikan permintaan terhadap kemudahan bot atau rumah rakit semakin meningkat, Kelab Jemaah Kembara Al-Falah Kuantan (JEMBARA) tampil menawarkan pengalaman bersantai sambil memancing udang atau ikan sungai, dan dalam masa sama dapat menderma. 

Pengerusi JEMBARA, Abdul Rahim Othman berkata, idea untuk menyediakan kemudahan rumah rakit untuk kaki pancing ini tercetus ketika mengadakan perbincangan secara santai bersama ahli kelab berkenaan tahun lalu. 

"Ketika itu kami hanya bercadang untuk membina rumah rakit yang asas sahaja, bukanlah seperti yang kita tengok hari ini. 

"Tapi melalui perbincangan itu jugalah kami akhirnya nampak pembinaan rumah rakit seumpama ini mempunyai permintaan tinggi dan berpotensi untuk dikomersilkan. 

"Jadi, dari perbincangan itulah maka terhasil De' Pora JEMBARA dan ia bukan sahaja menjadi lokasi ahli kami bertemu untuk berkongsi minat memancing, dalam pada masa yang sama boleh dijadikan sumber pendapatan kelab kami," katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini. 

Abdul Rahim berkata, kerja pembinaan rumah rakit itu bermula sekitar bulan September lalu dan siap sepenuhnya awal bulan Mac. 

Katanya, kebanyakan struktur binaan rumah rakit itu diperbuat daripada kayu dan diapungkan menggunakan tong plastik biru yang diikat pada bahagian tapak. 

"Secara keseluruhan, kita sudah membelanjakan kira-kira RM20,000 untuk menyiapkan De' Pora JEMBARA dan ia adalah hasil sumbangan ahli kelab kami," katanya. 

Sementara itu, Pengurus Operasi De' Pora JEMBARA, Mohammad Johan Mohd Yusof berkata, sambutan daripada kaki pancing sangat menggalakkan dan tempahan diterima juga sangat di luar jangka. 

"Ketika rumah rakit ini belum siap sepenuhnya, kami sudah beberapa kali menerima panggilan dan pertanyaan daripada kaki pancing yang mahu membuat tempahan. 

"Sambutan menggalakkan ini menunjukkan permintaan terhadap rumah rakit memang ada dan mempunyai potensi untuk berkembang,” katanya.

Beliau memberitahu, JEMBARA menawarkan pakej yang amat berpatutan iaitu pada harga RM200 semalam, mencakupi sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. 

"Rumah rakit ini mempunyai satu bilik berhawa dingin, bilik air lengkap dan selesa, ruang untuk memasak dan bersantai dan paling penting, ruang untuk memancing," katanya. 

Bagi kaki pancing yang berminat untuk bersantai sepanjang bulan Ramadan pula, pihak pengurusan De' Pora JEMBARA menawarkan pengalaman berbuka puasa sambil menyaksikan matahari terbenam dan bersahur dengan menu ikan sungai yang sangat terkenal di Pahang. 

Semua pendapatan hasil tempahan rumah rakit ini digunakan JEMBARA untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sebelum ini pihak JEMBARA sangat aktif membantu membersihkan masjid dan surau di sekitar Pahang yang terjejas teruk akibat banjir awal tahun ini. – Getaran, 23 April 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: KPT Akan Kenal Pasti Kaedah Mudahkan Warga IPT Pulang Mengundi

3

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Santai Tepi Pantai Bersama Festival Kopi Kemaman

4

Politik 3 tahun yang lalu

‘Jadi Wakil Rakyat, Cuti Ke Raya Kerja Tetap Macam Biasa’ – Dr Akmal

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?