web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengusaha Batik Dari Kedah Guna Teknik Baharu, Lebih Mesra Alam

Usahawan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2021 12:54PM

Pengusaha batik 'ecoprint', Khairizal Ishak, 33, (kiri) dibantu isterinya Tuan Najdah Tuan Muhammad Adnan, 32, menyusun dan menampal daun-daun di atas kain sebelum digulung dan diikat dengan kemas untuk dikukus selama dua jam bagi mendapatkan warna serta corak batik yang terbentuk secara semulajadi. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG – Pembuatan seni kraf batik kebiasaannya lebih popular di negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan namun, seorang pengusaha batik di Kedah menghasilkan kraf itu luar daripada kebiasaan dengan teknik baharu iaitu ‘ecoprint’.

Khairizal Ishak, 33, dari Kampung Padang Durian di sini yang berpengalaman dalam bidang pembuatan batik sejak 2012 berkata teknik itu menggunakan tumbuhan semula jadi seperti daun, kulit kayu dan akar pokok yang corak dan warnanya lebih mesra alam tanpa menggunakan bahan kimia.

“Dua tahun kebelakangan ini saya buat penyelidikan guna tumbuhan semula jadi dipanggil teknik ecoprint ... teknik ini tidak ramai orang buat kerana prosesnya rumit yang memerlukan masa antara sembilan ke 14 hari untuk menghasilkan lima pasang batik, namun ia ada peminatnya tersendiri,” katanya kepada Bernama di bengkel pembuatan batiknya baru-baru ini.

Khairizal berkata warna serta corak batik terhasil secara semula jadi daripada dedaun pilihan seperti daun jarak, daun lemuni, daun ceri dan daun ketapang yang ditampal pada kain sebelum digulung dan diikat kemas untuk dikukus selama dua jam.

“Daun-daun ini perlu dirawat semalaman untuk diletakkan atas kain bagi mendapatkan corak serta warna batik sekali gus penghasilan batik melalui teknik ini sepenuhnya secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang warna yang ada bahan kimia," katanya yang turut menghasilkan batik canting.

Beliau berkata antara cabaran untuk menghasilkan batik menerusi teknik itu adalah dari segi mendapatkan bekalan daun berkenaan selain memerlukan ketelitian semasa proses pembuatan bagi mendapatkan hasil batik terbaik.

Antara kenangan manis yang dilakar sepanjang kariernya membuat batik ialah beliau pernah mendapat tempahan daripada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khairizal berkata beliau mampu menghasilkan tempahan pelanggan termasuk butik kira-kira 50 pasang batik ecoprint sebulan yang dijual pada harga RM580 sepasang (empat meter) namun selepas tercetusnya pandemik COVID-19 ia merosot kepada kira-kira 20 pasang sebulan.

Beliau berkata meskipun sektor ekonomi terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik itu, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan perniagaan batiknya kerana turut mendapat bantuan kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

“Sebelum ini saya banyak menyertai acara seperti Hari Kraf Kebangsaan untuk mempromosi dan menjual batik, tetapi kini perniagaan saya banyak bergantung kepada jualan dalam talian dan tempahan daripada pelanggan tetap.

“Saya juga merancang untuk mengadakan kelas dalam talian bagi mereka yang ingin belajar teknik menghasilkan batik termasuk kepada individu dari luar negara,” katanya yang memiliki diploma dalam pembuatan batik. – Bernama 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemuka Dokumen Palsu Tuntutan PENJANA, Pemilik Syarikat Dan Pekerja Didakwa

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?