Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dulu ‘Pengurus’ Kini Pengusaha Cili, Pemuda Raih Pendapatan 5 Angka

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 1:59PM

Saifullah menunjukkan lada burung atau dikenali sebagai cili padi kampung yang ditanam di kebun sayur miliknya di Kampung Chuchoh Puteri di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Bekas pengurus kedai telekomunikasi yang hilang pekerjaan pada Mac tahun lepas akibat pandemik COVID-19, kini adalah seorang petani berjaya yang meraih pendapatan lima angka sebulan.

Mohd Saifullah Che Mat, 28, yang juga merupakan siswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkata beliau terpaksa melupakan kerjaya sebagai pengurus, berikutan kedai telekomunikasi tidak dapat beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Enggan terus bersedih, pemuda itu secara semborono ‘terjun’ ke dalam bidang pertanian dengan menanam sebanyak 800 pokok lada solok di atas tanah milik bapanya Che Mat Hussin, 72, bermodalkan RM4,000.

“Benarlah seperti pepatah ‘malu bertanya sesat jalan, malu mengayuh perahu hanyut’ terkena pada diri saya apabila mengalami kerugian dalam percubaan pertama dengan kesemua tanaman lada solok rosak kerana saya tidak mempunyai ilmu dalam bidang pertanian.

“Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat atau menyebabkan saya putus asa, dan seterusnya mengambil inisiatif berguru dengan kenalan yang mahir dalam bidang ini, selain turut belajar melalui YouTube,” kata Mohd Saifullah ketika ditemui pemberita di kebun sayurnya di Kampung Chuchoh Puteri, di sini hari ini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Komunikasi itu berkata, selepas gagal kali pertama beliau mencuba pula menanam sebanyak 1,200 pokok terung secara konvensional.

Katanya, dalam tempoh seminggu sahaja kira-kira 300 kilogram (kg) terung dapat dituai sehari dengan hasil jualan mencecah RM800.

“Melihat pada hasil tanaman terung yang memberangsangkan, selain ia turut memberi pulangan lumayan, saya mula mengusahakan 1,000 pokok lada burung secara fertigasi menggunakan geran sebanyak RM10,000 yang diperoleh daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

“Menerusi percubaan tanaman lada burung atau dikenali sebagai cili padi kampung itu, saya mula mencipta kelainan dengan menggunakan kaedah fertigasi, kerana kaedah ini dikatakan lebih mudah untuk diurus, selain ia turut menjimatkan kos sekali gus dapat mengurangkan risiko diserang serangga perosak,” jelas anak bongsu daripada lima adik-beradik itu.

Mohd Saifullah menarik nafas lega apabila usaha jerih-perihnya akhirnya membuahkan hasil, apabila tanaman itu menjana 70 hingga 100 kg lada burung.

Katanya lada burung itu dijual kepada peraih di sekitar daerah ini dengan harga RM12 hingga RM15 sekilogram, mengikut harga pasaran semasa.

Tanaman lada burung itu juga, menurutnya, mampu memberi pulangan dalam tempoh yang singkat iaitu hanya sekitar 45 hari dan mempunyai jangka hayat yang agak lama bagi tanaman sayur iaitu setahun.

“Hasil tanaman saya ini turut mendapat permintaan di luar Kelantan seperti Johor, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur, serta saya memasarkan secara dalam talian supaya dapat mengelakkan berlakunya lambakan,” kata Mohd Saifullah yang meraih pendapatan hingga RM10,000 sebulan.

Justeru, beliau menasihati individu yang hilang punca pendapatan disebabkan pandemik COVID-19 atau sukar mencari pekerjaan, agar mencuba nasib di dalam bidang pertanian yang berpotensi memberi keuntungan lumayan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Kelangsungan Hidup Petani, Nelayan, Keutamaan Kerajaan - Anwar

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Perkongsian Rangkaian Antara Telco Selesaikan Isu Capaian Internet, Talian Telefon

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Teo Bangga PEDi Song Aktif Bantu Usahawan Dalam E-Dagang

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengeluaran Bekalan Telur Ayam Dalam Negara Beransur Stabil - Mohamad

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 22 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini