web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air: Hanya 6 Mayat Ditemukan Setakat Ini - Polis

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 8:30PM

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan pada sidang media mengenai tragedi kepala air di Jeram Air Putih semasa melawat Pusat Kawalan Operasi, Balai Polis Air Putih, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Polis mengesahkan hanya empat mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di sini ditemukan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini, dan bukannya tujuh seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kekeliruan itu timbul susulan masalah komunikasi di lokasi pencarian dengan Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, di sini. 

"Untuk makluman, setakat hari ini kita telah jumpa enam mayat dan telah disahkan waris serta keluarga mangsa. Semalam kita jumpa dua, dan hari ini kita jumpa empat, menjadikan baki empat lagi mangsa masih hilang. 

"Pasukan pencarian di lokasi berdepan masalah komunikasi apabila alat komunikasi yang digunakan tidak boleh berfungsi dengan baik ekoran keadaan geografi hutan tebal dan berbukit-bukau," katanya pada sidang media di sini, petang ini. 

Beliau berkata operasi pada hari ini juga telah ditamatkan pada pukul 5 petang tadi atas faktor cuaca terutamanya di hulu kawasan hutan berkenaan yang menunjukkan tanda-tanda akan berlakunya hujan lebat. 

Mazli berkata operasi SAR akan disambung semula esok bagi mengesan empat lagi mangsa yang masih hilang. 

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada sidang media sama berkata Pusat Kawalan Operasi di sini sentiasa mendapat maklumat dari semasa ke semasa daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai keadaan cuaca di lokasi pencarian. 

"Kita tidak mahu pencarian dibuat dalam cuaca buruk dan khuatir sekiranya berlaku fenomena kepala air yang lain pula. Jadi, seperti dikatakan oleh Ketua Polis Terengganu sebentar tadi, kita hentikan buat sementara waktu operasi SAR dan akan sambung semula mengikut keadaan yang mengizinkan.

"Kita berada pada saat kritikal untuk selesaikan pencarian mangsa akibat tragedi ini kerana kita tahu lepas 48 jam, mayat akan mereput dan sukarkan pencarian fizikal mayat. Terima kasih kepada semua anggota yang terlibat sehingga kita jumpa enam mayat setakat ini," katanya. 

Ahmad Samsuri yang sebelum itu menziarahi waris mangsa yang berada di Pusat Kawalan Operasi juga memaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) Terengganu akan membiayai segala kos berkaitan penghantaran jenazah ke Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. 

"Dan mana-mana ada keperluan tambahan, kerajaan negeri akan bantu dari segi logistik, pengangkutan atau apa-apa yang timbul," katanya. 

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat tragedi yang melibatkan 10 mangsa itu, Ahmad Samsuri berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat oleh kerajaan negeri pada Rabu ini. 

"Kita akan tengok secara menyeluruh dan bukan di Kemaman sahaja dan memang di setiap kawasan jeram ini sudah ada notis peringatan bahaya dan awasi cuaca ... jadi kita akan tengok semula keberkesanan notis ini dan lihat adakah perlu bentuk pengawasan lain," katanya. 

Hari ini, sebanyak empat mayat berjaya ditemukan iaitu Karim Abdullah, 39, Putri Aryana Umaira Karim, 4, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Nurerina Natasya Karim, 10.

Kesemua mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk bedah siasat termasuk mayat Azizah Eiyi, 40, dan Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, yang ditemukan orang ramai, semalam. 

Dengan penemuan dan pengesahan identiti enam mayat itu, operasi SAR akan mengesan baki empat lagi mangsa iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24. 

Semalam, media melaporkan 10 mangsa termasuk sembilan sekeluarga dihanyutkan arus deras kepala air sewaktu berkelah di Jeram Air Putih pada Sabtu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan