web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuduhan UMNO Guna Desakan Politik Tidak Berasas, Muhyiddin Lupakan Perbuatannya Sendiri?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 6:09PM

Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin Yassin seolah lupa bahawa beliau terlibat bersekongkol dengan Dr Mahathir Mohamad untuk mengenakan pendakwaan politik dan terpilih ke atas Ahmad Zahid Hamidi, selain Najib sendiri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO menggunakan desakan politik bagi mendapatkan pengampunan Diraja untuk mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai satu tuduhan tidak berasas.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin seolah lupa bahawa beliau terlibat bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengenakan pendakwaan politik dan terpilih ke atas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selain Najib sendiri.

Menurut beliau, kedua-dua mantan Perdana Menteri itu melakukan tekanan politik untuk memusnahkah UMNO.

“Ia adalah konspirasi tertinggi melibatkan kontroversi pelantikan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara.

“Sebab itu Najib dinafikan hak perbicaraan adil seperti yang dirumuskan oleh Hakim Besar Sabah, Sarawak (Datuk Abdul Rahman Sebli),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Puad menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan dibuat Muhyiddin, kononnya UMNO menggunakan desakan politik untuk mendapatkan pengampunan Diraja bagi Najib.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, permohonan bagi mendapatkan pengampunan Diraja tersebut perlu melalui prosedur tertentu di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan.

Muhyiddin seperti dilaporkan Utusan Malaysia berkata, beliau juga tahu sesiapa sahaja boleh memohon untuk mendapatkan pengampunan Diraja, tetapi UMNO bertindak di luar batasan apabila menggunakan desakan politik.

Menyangkal dakwaan tersebut, Puad berkata, apa yang dilakukan UMNO bukan tekanan politik, sebaliknya satu solidariti dengan keputusan tertakluk sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Muhyiddin tahu Yang di-Pertuan Agong tidak tunduk pada tekanan politik.

“Muhyiddin yang guna tekanan politik untuk sambung tempoh darurat serta menggantung Parlimen tetapi ia gagal dan ditolak,” katanya.

Jelas Puad, Muhyiddin juga memberi tekanan politik, kononnya memiliki jumlah mencukupi untuk menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sekali gus menolak pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Tetapi Yang di-Pertuan Agong lebih bijaksana dan tidak tunduk kepada tekanan politik, justeru tidak wujud konflik kepentingan pada memorandum UMNO.

Keputusan akhir adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Lembaga Pengampunan dan sebenarnya tuduhan Muhyiddin itulah tekanan politik untuk menghalang pengampunan Diraja,” katanya. – Getaran, 10 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar