web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukan Duit Kontraktor! Gaji Pemain JDT Dibayar Penaja, Saya Dan Ayahanda

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 7:12AM

Tunku Ismail turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana pemilik kelab bola sepak yang berminat tampil memeriksa dan mengaudit kewangan JDT termasuk sumber pendapatan dan perbelanjaannya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa gaji pemainnya dibayar oleh kontraktor.

Pada masa sama, Tunku Ismail turut menegaskan wang kelab itu bukan datang dari Menteri Besar ataupun duit kerajaan.

Sebaliknya, Tunku Ismail menegaskan, duit JDT diperolehi daripada penaja serta duit beliau dan ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter bagi mengulas pertanyaan diajukan seorang netizen yang juga penyokong Selangor mengenai gaji pemain JDT dibayar oleh kontraktor.

“Alhamdulillah, saya memang dah lama mengalu-alukan soalan seperti ini. Yang pertama saya tak rasa apa-apa kerana selama 11 tahun dalam industri bola sepak, tiada perkara yang baik pun dikatakan tentang JDT.

“Kami di JDT dah biasa dengan perkara sebegini,” katanya.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana pemilik kelab bola sepak yang berminat tampil memeriksa dan mengaudit kewangan JDT termasuk sumber pendapatan dan perbelanjaannya.

“Duit JDT datang daripada penaja, serta duit saya dan Sultan Johor sendiri. Ini bukan duit dari Menteri Besar atau duit kerajaan. Bagaimana pula dengan kelab anda?”soalnya.

Pada Khamis lalu, Tunku Ismail mendakwa Selangor seolah-olah mendapat 'bantuan istimewa' apabila akan mengharungi empat aksi berturut-turut pada Ramadan di halaman sendiri.

Menerusi komen di laman Instagram sebuah portal bola sepak, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa 'kelebihan' yang diperoleh Selangor itu seperti sudah dirancang dengan 'orang atasan'.

“Maklumlah FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), MFL (Liga Bolasepak Malaysia), Jawatankuasa Pengadil semua orang mana? Semua perlawanan dari mula pun lawan pasukan baru dinaikkan dan pasukan tercorot liga.

“Macam ada yang nak membantu untuk dapat mata maksimum dan momentum. Bulan puasa tiada perjalanan keluar, semua main tempat sendiri dan di Lembah Klang.

“Macam sudah dirancang dari awal untuk membantu misi tertentu selepas tujuh tahun gagal semenjak Izhar Moslim belakang tadbir,” tulis TMJ.

Selangor memulakan aksi pada Ramadan berdepan KL City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat lalu sebelum menentang Negeri Sembilan di laman sendiri pada Selasa lalu.

Selepas ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan menanti kunjungan Kelantan, Ahad ini dan Terengganu (18 April) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi aksi Liga Super selain menentang Sri Pahang dalam saingan Piala FA di gelanggang sama pada 15 April. – Getaran, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi