web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Nafi Menteri Keluar Kenyataan Berkaitan Garis Panduan PUSPAL

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 9:00AM

Menteri Komunikasi dan Digital tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan garis panduan ini seperti mana yang dilaporkan dalam media. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menafikan Menterinya Fahmi Fadzil pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), sebagaimana dilaporkan dalam media semalam.

KKD dalam satu kenyataan di sini semalam menegaskan garis panduan Puspal yang dikeluarkan (semakan terbaharu) bertarikh 31 Dis 2022, yang terdapat di laman web kementerian itu adalah bertujuan memudahkan dan melonggarkan syarat bagi pihak berkaitan berurusan dalam melakukan penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara.

“Sehubungan itu, dimaklumkan juga bahawa Menteri Komunikasi dan Digital tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan garis panduan ini seperti mana yang dilaporkan dalam media,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu sebarang maklumat lanjut berkaitan garis panduan berkenaan boleh didapati dengan melayari laman web KKD atau menghubungi Jawatankuasa Puspal (JK-Puspal) di talian 03-8911 5356.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan laporan sebuah akhbar hari ini bertajuk Stricter Rules For Foreign Concerts: A clearer dress code and no performance allowed on religious dates, yang antara lain memetik Fahmi sebagai berkata kemas kini garis panduan itu dibuat untuk melindungi sensitiviti rakyat negara ini selepas mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk orang Islam dan bukan Islam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan