web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


 Kenapa Tiada Respons Cadangan Semarakkan Rukun Negara - Mohd Sany

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 9:14AM

Mohd Sany Hamzan berkata, beliau sebelum ini telah mencadangkan agar Rukun Negara ditulis dan dipamerkan di merata tempat di Selangor - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sikap berdiam diri kerajaan negeri Selangor berhubung cadangan menyemarakkan Rukun Negara menimbulkan persoalan.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, beliau sebelum ini telah mencadangkan agar Rukun Negara ditulis dan dipamerkan di merata tempat di negeri itu.

Cadangan itu jelasnya, merangkumi paparan di simpang jalan, papan iklan  dan kursus atau taklimat mengenai Rukun Negara.

"Namun sehingga kini tidak ada sebarang respons atau maklum balas tentang perkara ini," katanya.

Mohd Sany memberitahu, beliau pada 30 November lalu telah berucap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berhubung peri pentingnya melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak menghayati Rukun Negara.

“Dalam ucapan itu saya menyeru kerajaan negeri Selangor menyambut seruan Seri Paduka Baginda dan Majlis Raja-raja Melayu untuk menyemarakkan Rukun Negara di mana-mana sahaja, khususnya di semua sekolah negeri ini,” katanya. 

Mohd Sany berpandangan, cadangan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-rakan Melayu itu sangat relevan dengan keperluan semasa ketika negara digoncang dengan kempen 'takfiri', sentimen perkauman dan agama serta fanatik kepartian semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Memahami Rukun Negara terutama dalam kalangan generasi muda akan membolehkan mereka faham apa tugas sebenar untuk negara," katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 2020 pernah menggesa rakyat untuk menghormati dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuk semua perkara dan hak keistimewaan yang disepakati sebelum ini.

Titah baginda, peristiwa hitam perbalahan antara kaum menyedarkan pemimpin negara akan perlunya satu formula untuk dijadikan pegangan ke arah membentuk penyatuan dan perpaduan.

"Lantaran itu, lahirlah Rukun Negara yang dijadikan sebagai asas kepada perpaduan nasional dan pembentukan negara bangsa.

"Terkandung dalam setiap lima prinsip Rukun Negara adalah formula bagaimana rakyat yang berbilang bangsa, agama, budaya dan bahasa, boleh mengatasi segala perbezaan dan kepelbagaian itu, seterusnya hidup secara rukun dan damai," titah baginda. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lafaz Rukun Negara Setiap Sesi Pembukaan Penggal Dewan Rakyat - Johari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gara-Gara ‘Salah Petik’, Wanita Pertikai Rukun Negara Terima Kecaman 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Menu Rahmah Tiada Sambutan: Kementerian Arah Siasat Segera, Bantu Peniaga

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Sany Cadang Ahli Parlimen Nyanyi Lagu Negaraku Di Dewan Rakyat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad