web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penonton Dilanggar Kereta Lumba Terbabas Meninggal Dunia Di Hospital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 9:26AM

Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa lelaki berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan pada pukul 5 petang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang penonton yang dilanggar sebuah kereta lumba yang terbabas semasa Pertandingan “CCT Battle of Champion” di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, 75km dari sini  meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang , Lambor Kanan hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa lelaki berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan pada pukul 5 petang. 

“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa yang juga pengusaha bengkel kenderaan di Kamunting meninggal dunia disebabkan kecederaan di kepala dan pendarahan di bahagian paru-paru.

Siasatan sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ketika kejadian pada pukul 3.30 petang itu, terdapat 12 kereta Proton Satria sedang beraksi dalam perlumbaan lima pusingan bagi kategori 1,800cc  sebelum dua daripadanya bergesel lalu sebuah daripadanya  terbabas ke kanan laluan litar dan melanggar salah seorang penonton yang berada di atas kawasan berumput.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah telah diberikan rawatan segera oleh pegawai perubatan yang berada di kawasan litar perlumbaan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tunggu Laporan Penuh Kes Penonton Maut Dilanggar Kereta Lumba

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad