web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lesen Perniagaan Restoran Tular ‘Tikus Makan Ayam Goreng’ Akan Dibatalkan - MPAJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 11:48AM

MPAJ akan mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen bagi membatalkan serta-merta lesen perniagaan sebuah premis yang tular di media sosial. - Gambar tangkap layar Twitter @zoeyhanafiah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) bagi membatalkan serta-merta lesen perniagaan sebuah premis yang tular di media sosial apabila seekor tikus dilihat ‘menikmati’ ayam goreng di tempat meletakkan lauk.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, arahan itu selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada 24 Disember lalu ke atas premis sama.

“Tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dikeluarkan, sekiranya premis masih beroperasi setelah NPPL dikeluarkan.

“Permohonan lesen baharu hanya akan dipertimbangkan jika semua syarat, terutamanya berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan kebersihan premis makanan dari segi kawasan penyajian dan penyediaan makanan serta kawalan serangga perosak di situ, turut dijalankan MPAJ secara berkala.

Katanya, berdasarkan rekod pemeriksaan, penarafan kebersihan premis tersebut adalah pada Gred B bagi Jun tahun lalu dan terkini, ia dibuat pada Januari.

Mohd Fauzi  berkata, MPAJ sentiasa memantau kawalan kebersihan setiap premis makanan bagi memastikan syarat dan peraturan ditetapkannya dipatuhi.

“Sehingga 30 November lalu, sebanyak 1,057 premis makanan diperiksa dan 259 kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 9(f) Pengendalian Makanan MPAJ 2007 dan UUK 19(1) (d) Establisymen Makanan MPAJ 2007.

“MPAJ mengambil berat isu ini dan tindakan akan dikenakan ke atas mana-mana premis makanan yang mengambil mudah aspek kebersihan. Orang ramai boleh melaporkan aduan berkenaan kebersihan premis di kawasan MPAJ melalui http://aduan.mpaj.gov.my,” katanya.

Kelmarin, Getaran menerusi artikel bertajuk ‘KKM Cari Restoran Tular Tikus Makan Ayam Goreng, Netizen Loya’, melaporkan perkongsian KKM menerusi Twitter @KKMPutrajaya yang memaparkan seekor tikus di tempat meletakkan ayam goreng di sebuah premis makanan dipercayai ‘restoran mamak’.

Menerusi video berdurasi 17 saat berkenaan, jelas kelihatan tikus itu ‘mencium’ dan berjalan di atas beberapa ketul ayam goreng.

Video itu awalnya dimuat naik seorang pengguna Twitter, @zoeyhanafiah kelmarin selepas dia ke restoran berkenaan untuk makan.

“Depan mata sendiri. No more (tidak akan lagi) makan (di) mamak, janji,” ciapnya menerusi gambar berkenaan.

Justeru, KKM meminta mana-mana individu yang mengetahui mengenai restoran itu, tampil memberi maklumat bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera,” menurut kenyataan KKM.

Manakala, semalam, KKM mengarahkan pengurusan restoran itu yang terletak di Pandan Indah di sini, ditutup selama 14 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arahan penutupan itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Tegasnya, tindakan itu diambil kementerian susulan pemeriksaan dilakukan pasukan penguat kuasa kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, semalam.

Hasil pemeriksaan, katanya, mendapati tahap kebersihan makanan di premis tersebut tidak memuaskan. – Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad