web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


27 Perkara Dibangkitkan Dalam Memorandum Kabinet Mengenai Tuntutan Sabah, Sarawak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 3:44PM

Armizan Mohd Ali berkata 27 perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu hasil maklum balas daripada kerajaan Sabah dan Sarawak - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak 27 perkara akan dibangkitkan dalam memorandum Jemaah Menteri mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak terutamanya melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadual dibentangkan kepada Kabinet pada 4 Januari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata 27 perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu hasil maklum balas daripada kerajaan Sabah dan Sarawak.

“Daripada 27 perkara itu 22 perkara berkait langsung dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) manakala lima lagi syor tambahan,” katanya kepada pemberita selepas melawat penduduk Tanjung Aru Baru yang terjejas akibat fenomena air pasang besar di sini hari ini.

Armizan berkata satu daripada lima syor tambahan itu telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini iaitu memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri.

“Ia (kuasa kawal selia) merupakan kuasa negeri Sabah tetapi berlaku pindaan undang-undang sekitar tahun 80-an maka kuasa itu diangkat ke Persekutuan dan permintaan kerajaan negeri serta keprihatinan Persekutuan, Kabinet telah luluskan. Insya-Allah Januari ini kuasa itu dipindahkan semula ke Sabah,” katanya.

Sementara itu, Armizan berkata penyelarasan semua agensi kerajaan adalah penting bagi melaksana perancangan kerajaan bagi mendepani bencana terutama banjir di negara ini dan memastikan rakyat tidak mengalami kesan besar akibat bencana tersebut.

Beliau juga mahu semua agensi kerajaan dapat bekerjasama dengan baik bersama pihak lain seperti badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendepani bencana tersebut.

“Setakat ini saya lihat penyelarasan itu hingga ke peringkat akar umbi itu baik, ini kita perlu teruskan supaya tidak wujud persenjangan (ketidakseimbangan) antara perancangan kita buat dengan perlaksanaan dilakukan. Jika ada maklum balas dan perlu ditambah baik, kita ambil tindakan tambah baik.

“Kerjasama dengan syarikat telco dapat berikan CSR (program khidmat masyarakat), selain MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) dan JPS (Jabatan Parit dan Saliran) beri maklumat mengikut lokaliti, saya harapkan kerjasama ini diperluaskan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran