web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa Disyaki Tanam Anak Tepi Jalan Selepas Dera Sehingga Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 5:01PM

Noor Dellhan Yahaya - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbuatan kejam seorang lelaki mendera dan menanam mayat anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah kawasan riadah di sini, terbongkar selepas ibu kepada kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima laporan daripada isteri suspek mengenai anaknya yang dalam keadaan lemah dan berdarah pada bahagian mulut selepas balik ke rumah setelah bekerja pada Jumaat lepas, disyaki didera oleh suaminya.

Susulan laporan wanita warga asing berusia 41 tahun itu, sepasukan anggota polis bersama wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu ke rumahnya di Jalan Pudu, di sini untuk mengambil anaknya, namun anak serta suaminya tiada di rumah.

“Lelaki berumur 40 tahun yang tidak bekerja itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari pada Ahad lepas di Jalan Pasar Pudu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, di sini namun tidak mendedahkan waktu lelaki berkenaan menanam mayat anaknya itu.

Katanya, keputusan bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak perempuan itu disebabkan cedera parah pada bahagian abdomen akibat hentakan objek tumpul.

Menurutnya, lelaki itu direman tujuh hari hingga 18 Dis dan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad