web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sejauh Mana Alor Gajah Membangun Sepanjang Dipegang Mohd Redzuan, Adly? - Shahril

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 5:44PM

Shahril Sufian Hamdan - Gambar fail UMNO Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mempersoalkan sejauh mana kemajuan pembangunan dilaksanakan di Alor Gajah, sepanjang dipegang penyandang kerusi Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau turut bertanya apakah dilakukan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu dan seorang lagi pemimpin parti lawan, iaitu Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Menurutnya, menerusi pemerhatian, tiada pembangunan dan peningkatan pelaburan masuk ke Alor Gajah serta Melaka, sedangkan dua calon terbabit mempunyai jawatan kanan dalam pentadbiran negeri dan negara.

“Mereka berdua ini sudah ada banyak ‘titik sentuhan’ dengan rakyat. Saya hanya melontarkan persoalan adakah dalam tempoh mereka (mentadbir) itu, pembangunan dan pelaburan masuk ke Alor gajah serta Melaka, meningkat atau tidak? Jawapannya tidak,” katanya pada program siaran langsung Kenali Calon New-Gen BN Bersama Khairy Jamaluddin di sini, hari ini.

Beliau berkata, malah isu peluang pekerjaan dan masalah asas di Melaka tidak diselesaikan pemimpin tersebut.

“Masalah isu peluang pekerjaan diselesaikan? Tidak. Masalah asas seperti lampu jalan penyelenggaraan masjid dan sebagainya, adakah ia maju ke depan? Tidak,” ujarnya.

Shahril berkata, cukup penting untuk rakyat Alor Gajah memberi peluang kepada kepimpinan baharu seperti beliau untuk menyelesaikan masalah dan menyediakan masa depan lebih baik kepada kawasan itu, sekiranya pemimpin lama gagal melaksanakannya.

“Kita perlu memberikan keyakinan, walaupun saya muda, saya mempunyai keikhlasan dan semangat untuk menyelesaikan masalah serta memberikan masa depan lebih baik untuk rakyat di Alor Gajah.

“Jadi jika mereka tak dapat memberi kemajuan sewajarnya, kenapa tidak kita bagi kepada orang baharu.

“Ahli Parlimen ini Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kena tinggi, bukan semata-mata bagi kek, makanan kita dah berjaya. Ia mesti lebih mendalam serta lebih berstruktur,” jelasnya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman mengakui penyandang kawasan tersebut, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai banyak jasa di Arau, malah di Perlis.

“Sudah semestinya Shahidan telah menabur bakti lama di Arau. Beliau dikenali di seluruh Perlis dan jasa beliau kita kenang,” ujarnya.

Namun, Rozaibil bersedia berhadapan dengan Shahidan yang kini bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) itu menerusi sokongan BN dan parti komponen bagi membantu penduduk di Arau.

“Tetapi sokongan ahli UMNO dan parti komponen harus tetap bersama BN. Semangat ini saya bawa dan naikkan dalam kalangan pengundi serta parti.

“Insyaallah saya tak janji saya boleh jadi macam beliau (Shahidan), tapi sekurang-kurangnya saya akan bantu rakyat seperti mana beliau bantu sebelum ini di Arau,” katanya.

Rozaibil berkata, sekiranya beliau diberikan mandat di kawasan itu, antara perkara mahu ditekankannya adalah soal ekonomi pertanian di Arau.

“Saya terangkan kepada orang Arau yang saya tak bercadang nak bawa KLCC atau Pavilion ke Arau. Cuma nak pastikan teras aktiviti ekonomi dengan 70 peratus daripadanya bidang pertanian, saya akan cuba bantu kembangkan bagi membantu petani.

“Ia terutamanya dari segi infrastruktur yang menjadi isu agak lama dihadapi petani di Arau. Itu tindakkan segera yang saya akan lakukan,” jelasnya.

Kerusi Parlimen Arau menyaksikan pertandingan hangat tiga penjuru antara Shahidan, Rozabil dan Fathin Amelina Fazlie daripada PH.

Terdahulu, Shahidan mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon PN, selepas nama beliau digugurkan daripada senarai BN - Getaran 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy, Shahril ‘Berdebat’ Bolehkah Ekstradisi Jho Low Menyumbang Kepada Pengampunan Najib?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ