Berita Terkini

42 minit yang lalu: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu 43 minit yang lalu: APG 2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas 44 minit yang lalu: Dialog Shangri-La 3 hari bermula di Singapura 45 minit yang lalu: Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA 46 minit yang lalu: GP di 10 daerah dipelawa sertai program rintis Skim Perubatan MADANI

IKUTI KAMI


Khairy, Shahril ‘Berdebat’ Bolehkah Ekstradisi Jho Low Menyumbang Kepada Pengampunan Najib?

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 8:17PM

Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian membincangkan sama ada mengekstradisi individu terbabit atau lebih dikenali sebagai Jho Low, boleh membawa kepada pengampunan Najib. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan usaha agensi pencegahan rasuah mengekstradisi ahli perniagaan Malaysia, Jho Taek Low, terdapat segelintir pihak mempersoalkan sama ada ia boleh memberi kesan terhadap keputusan mahkamah berhubung perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dihadapi mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persoalan itu juga menyaksikan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan membincangkan sama ada mengekstradisi individu terbabit atau lebih dikenali sebagai Jho Low, boleh membawa kepada pengampunan Najib.

Dalam perbualan maya di akaun YouTube Khairy, Shahril berkata, peguam Najib akan menggunakan ekstradisi itu untuk kelebihan dan mencipta hujah bagi menyokong anak guam mereka.

Beliau menambah, pihak lain akan mencipta pandangan sendiri di sebalik keadaan itu untuk disesuaikan dengan naratif mereka.

“Mereka (peguam Najib) akan menggunakan apa jua keadaan untuk memperkenalkan hujah yang boleh membantu kes atau kedudukan mereka.

“Apabila kita membaca berita yang menunjukkan bahawa 1MDB adalah benar dan penyelewengan serta jenayah telah berlaku, kita membacanya seperti itu.

“Selepas beberapa jam, kita melihat komen mengubah faktanya.

“Bagi saya, ini akan sentiasa berlaku...apa pun keputusannya, semua pihak akan memutar belit (fakta) mengikut kepentingan mereka,” tambahnya.

Kenyataan Shahril itu disokong Khairy yang menganggap hujah Najib ‘bermasalah’.

“Beliau (Najib) ada dua pilihan, sama ada mengaku tahu (mengenai penyelewengan 1MDB) atau menggunakan hujah pembelaannya kerana ditipu Jho Low yang akan membuatkan beliau kelihatan bodoh,” kata Khairy.

Tanpa mengira apa keputusan itu, Shahril berkata ekstradisi Jho Low adalah perlu kerana ahli perniagaan terbabit, sudah memainkan peranan penting dalam mendedahkan ‘keaiban’ terbesar negara serta harus menghadapi proses undang-undang.

Beliau juga menegaskan bahawa ia sebaliknya boleh memberi kesan kepada perbicaraan dihadapi Najib.

Memetik komen dalam talian, Shahril berkata, sementara ada yang menjangkakan kepulangan Jho Low boleh menyangkal tuduhan dihadapi Najib, segelintir pihak bimbang ia boleh ‘memakan diri’ dan membuktikan sebaliknya kerana mereka mendakwa ahli perniagaan itu akan menuding jari menyalahkan mantan Presiden UMNO berkenaan.

Ditanya sama ada ekstradisi itu boleh dianggap ‘kemenangan’ untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shahril berkata, terdapat segelintir pihak yang membandingkan insiden itu dengan pembunuhan pengganas Osama bin Laden sebelum penggal kedua mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, pihaknya berbincang dengan beberapa negara yang dipercayai menjadi tempat persembunyian lapan pelarian dikaitkan dengan skandal 1MDB, termasuk Jho Low.

Senarai ekstradisi itu juga termasuk mantan Ketua Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, peguam 1MDB Jasmine Loo dan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan terhadap Jho Low berkaitan 1MDB akan diteruskan sehingga dia dibawa pulang ke Malaysia. – The Vibes, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kematian Kee Kok Thiam Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis Selangor

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Perbicaraan 1MDB Ditangguh, Najib Alami Cirit-Birit

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Jho Low Atasi Pengarah 1MDB Dalam Keputusan Pelaburan Luar Pesisir 1MDB - Saksi

4

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Berjaya Bawa Pulang Lelaki Terbabit Siasatan Kes 1MDB, SRC

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Semasa 3 jam yang lalu

Along Upah 3 Lelaki Rampas Kereta Axia Sebab Ibu Gagal Bayar Pinjaman

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai

Semasa 16 jam yang lalu

Tular Pekerja Penghantaran ‘Koyak’ Parcel, Syarikat Kurier Mohon Maaf, Akan Siasat

oleh Farhana Farush