web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tiada Kerjasama Dengan Zahid, Saya Tidak Akan Berdiam Diri’ – Rafizi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 7:05PM

Rafizi Ramli berkata, ia adalah percubaan GTA yang tiada isu untuk mewujudkan persepsi bahawa PKR cuba bekerjasama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PKR menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim yang mendakwa wujudnya pakatan antara parti itu dan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai percubaan untuk menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, ia adalah percubaan GTA yang tiada isu untuk mewujudkan persepsi bahawa PKR cuba bekerjasama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Tiada pakatan seperti itu. Saya harap rakan-rakan dalam GTA menonton ceramah saya. Serangan nombor satu saya adalah terhadap Zahid dan UMNO.

"Anda boleh menonton ceramah saya semalam, saya seronok menyerang Zahid. Dan untuk berlaku adil kepada Datuk Seri Anwar (Ibrahim), apabila kepimpinan baharu (PKR) mengambil alih, beliau berjanji kepada kami bahawa beliau akan membenarkan kami menjalankan pilihan raya ini dan beliau berpegang kepada kata-kata ini.

"Ada beberapa isu kecil di sana sini, dan ada isu besar mengenai pembentukan kerajaan selepas PRU-15 tetapi penyokong dan pengundi PH boleh berasa selesa dengan hakikat bahawa saya tidak berdiam diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Malah Rafizi yang juga calon PKR di Parlimen Pandan berkata, beliau akan menjadi orang pertama yang bersuara dan membantahnya jika kerjasama sedemikian berlaku.

"Saya telah ditanya perkara ini berkali-kali dan kedudukan kami jelas dalam hal ini,” katanya.

Terdahulu, Mahdzir mendakwa wujudnya pakatan antara PKR dan UMNO pada PRU-15.

Ini berikutan, tindakan Anwar yang kerap menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Malah katanya, Ahmad Zahid yang juga penyandang Parlimen Bagan Datuk tidak mengkritik hasrat Anwar bertanding di Tambun.

Sementara itu, Rafizi berkata, PH boleh memperoleh 90 hingga 100 kerusi di Dewan Rakyat untuk menjadi blok terbesar di Parlimen.

"Jika kita boleh meneruskan momentum ini, itulah jumlah kerusi yang boleh kita selamatkan.

“Tetapi pengundi sukar diramalkan dan banyak perkara boleh berlaku dalam dua atau tiga minggu akan datang," katanya.

Atas sebab itu katanya, beliau tidak berminat untuk bercakap mengenai pembentukan kerajaan gabungan dengan parti lain.

Rafizi bagaimanapun menegaskan PH akan mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan parti dari Sabah dan Sarawak jika mereka gagal memperoleh kerusi majoriti di Dewan Rakyat.

“Pilihan seterusnya adalah untuk gabungan Sabah dan Sarawak, sama ada GRS (Gabungan Rakyat Sabah) atau GPS (Gabungan Parti Sarawak) untuk mempertimbangkan apa yang terbaik untuk mereka dalam membentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan.

“Saya fikir, apabila tiba masanya, Sabah dan Sarawak akan membuat pilihan yang bernas,” katanya. - Getaran, 1 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran