web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Korea Berkabung: Jin BTS Batal Pradengar 'Astronaut' 

Tragedi yang tidak diduga ini menyebabkan semua acara dan persembahan hiburan telah ditunda atau dibatalkan. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 2:13PM

Parti Pradengar 'Astronaut' yang dijadualkan sebelum ini, telah dibatalkan berikutan tragedi Itaewon yang mengorbankan lebih 150 orang. - Gambar dari Twitter BTS Official

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seluruh Korea Selatan sedang berkabung susulan tragedi yang tidak diingini berlaku di Itaewon, pada saat ramai yang bertumpu di bandar itu untuk menyambut parti Halloween, pada malam Sabtu lalu. 

Seramai 154 orang dilaporkan terkorban dan hampir 200 orang mengalami kecederaan akibat terperangkap dalam puluhan ribu orang yang bersesak-sesak di sebuah lorong sempit di Itaewon untuk meraikan perayaan hantu itu. 

Mereka yang maut terdiri daripada remaja belasan tahun dan berusia 20-an termasuk warga asing. Dianggarkan 100,000 orang berkumpul di bandar yang terkenal dengan pusat aktiviti hiburan malam itu bagi meraikan Halloween. 

Tragedi memilukan itu sama sekali tidak dijangka dan berikutan insiden berkenaan, Presiden Yoon Suk Yeol mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu bermula Ahad dan bendera dikibarkan separuh tiang.

Susulan tragedi itu juga semua siaran langsung melibatkan industri hiburan telah ditunda. Begitu juga dengan pelbagai persembahan hiburan lain. 

Antara yang terlibat ialah syarikat pengurusan BTS iaitu Big Hit Music yang mengumumkan Parti Pradengar 'Astronaut' telah dibatalkan. Mereka turut membatalkan pelancaran video lirik single terbaharu oleh Jin itu. 

Awalnya, salah seorang BTS, JHope memuat naik hantaran yang lucu tentang Halloween, namun memadamnya selepas berlaku tragedi berkenaan.

Jin masih belum pulang ke Korea kerana membuat persembahan di Argentina. Dia mengadakan persembahan bersama Coldplay di Stadium di Buenos Aires.  Penyanyi itu memberikan persembahan yang penuh emosi di hadapan penonton.

Tidak dapat dipastikan bagaimana tragedi ini berlaku, namun beberapa mangsa yang terselamat cuba menceritakan semula titik permulaan kepada kejadian ngeri yang membawa maut ini.  

Halloween adalah sebuah acara yang besar dalam industri K-Pop. Bagaimanapun ini adalah tragedi buruk kedua yang berlaku di Korea Selatan, melibatkan kehilangan banyak nyawa di kalangan anak-anak muda.  

Sebelum ini, tragedi The Sewol Ferry telah meragut nyawa nyawa anak-anak muda. – Getaran, 31 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jin BTS Tamat Khidmat Tentera 12 Jun, Adakan Pertemuan Dengan Peminat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Bintang Bola Sepak, Son Heung-Ming Kembali Menggayakan Koleksi TUMI 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Korea, Lee Sun Kyun Ditemui Mati Di Tengah-Tengah Siasatan Dadah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN