web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekurangan Ubat: Fasiliti Swasta Boleh Pinjam Bekalan Kemudahan Kesihatan Lain

Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 8:56PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fasiliti kesihatan swasta boleh meminjam bekalan ubat daripada kemudahan kesihatan swasta lain atau fasiliti kesihatan kerajaan yang terdekat bagi kegunaan kecemasan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu bagi menangani isu kekurangan bekalan ubat, sama ada di fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta.

Katanya, pada masa sama fasiliti kerajaan yang memberi bekalan kepada fasiliti swasta itu, perlu memastikan terlebih dahulu ketersediaan dan baki stok ubatnya mencukupi untuk kegunaan harian.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum isu kekurangan bekalan ubat di klinik dan hospital swasta serta farmasi komuniti di Malaysia yang dilaporkan mutakhir ini.

“Justeru, KKM berharap langkah (peminjaman) ini dapat memberi penyelesaian sementara terhadap isu kekurangan bekalan ubatan ke fasiliti kesihatan swasta, agar kesinambungan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat diteruskan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sekiranya perlu, pesakit boleh dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan terdekat untuk meneruskan rawatan.

Katanya, pesakit mungkin memerlukan perubahan regimen ubat berdasarkan ketersediaan di fasiliti kerajaan yang dirujuk.

“Pesakit boleh membeli ubat tersebut dari farmasi komuniti dengan preskripsi dari klinik atau hospital swasta berkenaan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, KKM sudah memulakan perkongsian maklumat senarai ubat yang mengalami gangguan, selain cadangan produk alternatif bagi ubat tersebut dengan pihak pengamal perubatan swasta, hospital swasta dan farmasi komuniti.

Jelasnya, langkah itu dilakukan untuk mengurangkan impak kepada situasi semasa dan penggunaan secara optimum ubat generik lain sebagai alternatif bagi ubat yang masih mempunyai bekalan di pasaran.

“Penyelesaian jangka panjang sedang diusahakan KKM dalam menangani isu ini dan pemantauan berterusan dibuat untuk memastikan ketersediaan ubat di seluruh Malaysia,” ujarnya. - Getaran, 13 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga