web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aina Abdul Jawab Dakwaan Tiru Pakaian Rahib 

Semalam tular imej penyanyi popular, Aina Abdul yang dikatakan berpakaian seperti seorang rahib sewaktu menghadiri majlis sidang media.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 2:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam tular di media sosial gambar dan video penyanyi popular yang dikatakan berpakaian seperti seorang rahib sewaktu menghadiri majlis sidang media konsertnya yang bertempat di sebuah hotel di ibu kota.

Aina tampil memakai busana berwarna putih. Namun yang menjadi perhatian netizen adalah gaya tudungnya yang disamakan seperti seorang rahib.

Menyedari namanya sedang menjadi bualan dek fesyen yang digayakannya pada petang itu, pihak media sempat meminta pendapat Aina mengenai perkara ini. 

Kata Aina, bukan niatnya untuk berpakaian menyerupai rahib tetapi sekadar berfesyen kerana dirinya memang sinonim dengan gaya sebegitu. 

“Fesyen adalah sekadar statement untuk masa-masa tertentu sahaja. Tidak bermaksud saya berpakaian seperti ini saya mahu berubah menjadi orang lain atau memuja sesuatu. 

Ini adalah cara saya untuk memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk menjadi unik dan berbeza. Saya bukannya nak suruh orang pakai tudung macam ni. Kalau mereka nak ikut, ikut lah,” katanya. 

Sinonim dengan gaya-gaya pelik, Aina bakal menyarung lapan persalinan untuk konsertnya yang akan berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini. - Getaran, 26 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

2

Gaya 22 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

4

Gaya 3 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN