web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajar Hapus Subsidi, Tapi Beri Bantuan Kewangan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 2:36PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segala jenis subsidi barangan perlu dihapuskan namun perlu digantikan dengan bantuan kewangan kepada golongan miskin, B40 dan M40, kata Gerakan Pengguna Malaysia.

Menurut Timbalan Presidennya, Beninder Singh, pendekatan tersebut akan meneutralkan kesan peningkatan harga barangan terhadap golongan terlibat jika bantuan kewangan diberikan bersesuaian.

Beliau berpendapat, segala bentuk subsidi hanya akan mengundang masalah ketirisan sehingga menyebabkan kerajaan rugi berbilion ringgit.

“Jika tidak ada subsidi maka ketirisan ini dapat dijimatkan dan disalur terus kepada golongan yang dikenal pasti. Ia pasti boleh dilakukan.

“Malaysia adalah sebuah negara yang kaya justeru rakyat tidak seharusnya hidup susah,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Menurut Berninder, peningkatan harga barangan di pasaran bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja, sebaliknya terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada senario itu, apatah lagi fenomena sama berlaku di hampir seluruh dunia ketika ini.

Beninder Singh
Beninder Singh

“Kerajaan tidak seharusnya terlalu campur tangan dalam proses penentuan harga sesuatu barangan kerana Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran terbuka.

“Apa yang boleh dilakukan adalah memastikan tidak berlakunya pencatutan. Aktiviti persaingan dalam perniagaan juga perlu ditingkatkan pemantauannya oleh Suruhanjaya Persaingan,” katanya.

Jelas beliau, sebarang penghapusan subsidi terutamanya subsidi minyak yang merupakan antara komponen kos utama semestinya akan menyebabkan sedikit kenaikan harga, namun pihak penguat kuasa perlu memastikan tiada pencatutan.

“Sekiranya subsidi bersasar tetap dilaksanakan maka adalah diharapkan tidak berlakunya ketirisan kerana ia akan merugikan semua pihak termasuk negara.

“Melalui pengalaman, kita tahu bahawa ketirisan merupakan masalah besar yang amat menyedihkan kerana hak golongan B40 dinafikan,” tegasnya.

Berninder berkata, persaingan yang sihat dan telus juga mampu menurunkan harga barangan, justeru adalah  diharapkan keadaan menjadi seperti biasa apabila situasi geopolitik kembali pulih.

“Langkah kerajaan menghapuskan sistem AP untuk barangan makan juga akan membantu mengawal harga barangan di pasaran,” jelasnya.

Katanya, keputusan tersebut membolehkan peniaga  mengimport terus barangan sekiranya berlakunya kenaikan harga secara mendadak dalam negara.

“Kami juga ingin menyarankan supaya kerajaan menambah pengiktirafan pusat sembelihan dan negara sumber impot daging dan ayam.

“Ini pasti akan membantu mengawal harga barangan keperluan. Kartel yang mungkin wujud dalam negara akan dapat diuraikan,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar