web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Lebih Separuh Kes Babit Kategori 2, Kluster Bertambah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 1:28PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih separuh atau 5,003 daripada 9,705 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam, merangkumi pesakit kategori 2, iaitu mengalami gejala ringan atau sederhana.

Angka itu membabitkan sebanyak 51.55 peratus daripada keseluruhan kes baharu berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,653 kes pula membabitkan pesakit kategori 1.

“Sebanyak 16 kes berada dalam kategori 3, manakala kategori 4 (15) dan kategori 5 (18),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 49 kes COVID-19 membabitkan kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan, 17 kes atau 34.69 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan itu.

Katanya, 15 kes atau 30.61 peratus sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, tetapi belum menerima dos penggalak, manakala 17 kes (34.69 peratus) membabitkan individu selesai mendapatkan dos penggalak.

“Sejumlah 29 kes atau 59.18 adalah dalam kalangan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 27 kes (55.10 peratus) mempunyai komorbiditi serta satu kes (2.04 peratus) membabitkan ibu hamil,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kluster baharu dilaporkan semalam kembali mencecah dua angka apabila merekodkan 10 kluster, berbanding lapan kluster kelmarin, dengan 116 kluster aktif.

“Kluster baharu itu menjadikan sebanyak 6,974 kluster direkodkan di negara ini sejak pandemik berkenaan dikesan. - Getaran, 17 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad