Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SM4RT TRACE: Jam Penjarakan Sosial Buatan Malaysia

Syarikat tempatan hasilkan jam jaga jarak pintar untuk mengukur jarak dengan tepat bagi menghindari COVID-19.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 2:38PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mutakhir ini, lebih 1 juta kes jangkitan COVID-19 telah direkodkan di Malaysia. 

Penting untuk dilihat dengan hanya satu langkah mudah iaitu penjarakan sosial, mungkin kes jangkitan ini boleh dihindari. 

Konsep penjarakan sosial ini amat mudah tetapi masyarakat seakan tidak ambil peduli. 

Ketua Pegawai Eksekutif SAT.Asia, Encik Hafiez Murshidie Hassan berkata, penggunaan SM4RT TRACE dapat membantu mengelakkan penularan COVID-19. 

 “Di sinilah SM4RT TRACE memainkan peranan.

“Kami telah membangunkan satu peranti penjarakan sosial dan kontak rapat yang paling tepat, dipanggil sebagai SDA Tag, terbina di dalam SM4RT TRACE.

“Kami harap ia dapat membendung arus peningkatan kes jangkitan dan penularan COVID-19 di negara ini,” katanya.

Dibangunkan oleh syarikat kejuruteraan dan teknologi yang berpangkalan di Malaysia, Singularity Aerotech Asia (SAT.Asia), SM4RT TRACE memantau jarak antara dua individu. 

Ia juga akan memberi signal kepada pemakainya jika terlalu dekat dengan orang di hadapan bagi mencegah kemungkinan penyebaran virus COVID-19.

Bekerjasama dengan rakan syarikat dari Perancis, Ubudu, SM4RT TRACE bertujuan membantu rakyat Malaysia menjadi lebih peka terhadap persekitaran mereka.

Langkah-langkah penjarakan sosial pintar ini direka bagi mengurangkan risiko jangkitan dan mengelakkan pemakainya menjadi kontak rapat dengan individu yang mungkin berisiko tinggi. 

Dengan SM4RT TRACE, setiap kali pemakainya bersentuhan dengan orang lain, lampu LED akan berkedip dan bergetar sebagai amaran menjaga jarak.

Sebagai manusia, kita kadang-kala terlupa. Ia memberi peringatan kepada pemakai untuk menjauhkan diri secara fizikal.

Peranti ini menggunakan teknologi Ultra-Wideband (UWB) yang memberi ketepatan sehingga 10cm, isyarat yang kuat dan memastikan pemindahan data dengan kadar pantas. 

Seandainya terdapat kontak rapat dengan individu positif, SM4RT TRACE dapat mengenal pasti mereka dengan cepat serta terus menyediakan data visual lengkap bagi tujuan pengesanan. 

Pemakai juga akan mempunyai akses ke papan pemuka untuk melihat rantaian kontak rapat dan mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko tinggi. 

Teknologi inovatif ini dipercayai dan digunakan oleh organisasi korporat gergasi seperti United Motor Works (UMW) secara rasmi.

Dengan 11,000 pekerja yang dilengkapi dengan SM4RT TRACE, ia dapat menguruskan kelancaran pekerja, sekali gus meningkatkan kadar pematuhan SOP sebanyak 75%. 

Melangkah ke hadapan, SAT.Asia berhasrat untuk membantu pekerja di Malaysia, terutamanya pekerja kilang untuk bekerja dengan lebih selamat.

Dengan data interaktif pintar, SM4RT TRACE memperlihatkan data yang sangat berguna untuk majikan memastikan keselamatan pekerja dan perniagaan mereka di zaman pandemik ini.

Layari SM4RT TRACE untuk maklumat lanjut. - Getaran, 18 Ogos 2021

Semua gambar: SAT.Asia

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat