Berita Terkini

5 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 5 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 5 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 5 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 5 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


3 Cara Berhemah Guna Barangan Elektrik Di Rumah

Adakah selama ini secara tidak sedar kita menggunakan perkakas rumah dengan sewenang-wenangnya?

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 8:52AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aspek kesihatan dan kebersihan menjadi keutamaan untuk kita sekeluarga, lebih-lebih lagi di musim COVID-19 ini. Bak kata pepatah Cina - ‘kesihatan adalah kekayaan’, tidak salah untuk kita sentiasa berusaha untuk kekal sihat dan selamat.

Dalam kita menjalani kehidupan seimbang dan menyeluruh ini, gaya hidup yang sihat dan selamat di dalam rumah juga merupakan satu perkara penting. Perlu diberi penekanan, rumah yang kotor menjemput pelbagai masalah, terutamanya dalam aspek kesihatan.

Habuk yang berada di sekitar rumah anda boleh menyebabkan ruam dan alahan. Tambahan pula, perkakasan dan barangan elektrik yang jarang diselenggara juga boleh menyebabkan pelbagai masalah di masa mendatang.

Bayangkan rumah yang kotor dan berhabuk, makanan lapuk yang tidak diendahkan dan terperap lama di dalam peti sejuk. Atau habuk di dalam mesin basuh, begitu juga penghawa dingin yang tidak pernah dibersihkan? Semua ini mengundang masalah kesihatan di kemudian hari. 

Walaupun kita berada di era inovasi dan barangan elektrik di rumah telah berkembang seiring teknologi, ia tetap memerlukan manusia untuk membersihkannya. Gunakan tiga barangan elektrik ini secara berhemah untuk membantu anda sekeluarga kekal sihat dan selamat.

#1 Mesin Basuh

Mesin basuh sangat penting dalam sesebuah rumah. Selain membasuh pakaian, mesin basuh juga menghilangkan debu dan kotoran serta bendasing bagi memastikan pakaian yang dipakai nanti benar-benar bersih serta bebas habuk. 

Namun, jangan lupa untuk mencuci mesin basuh anda secara berkala. Mesin basuh juga perlu dicuci setelah berhari-hari berkhidmat membasuh baju anda, bukan? Membersihkan mesin basuh tidaklah sukar. Anda hanya memerlukan dua benda:

  • 1 cawan peluntur
  • 1 cawan cuka

Langkah-langkah:

  1. Sapukan cuka ke dalam seluruh dram mesin basuh
  2. Sapukan juga di penutup dan bahagian sekitar muka mesin basuh
  3. Masukkan peluntur ke dalam slot sabun di mesin basuh anda
  4. Boleh juga menambah sabun di slot yang lain jika anda mahu
  5. Tutup penutup dan tekan butang ‘Mula’
  6. Setelah selesai, biarkan penutup terbuka untuk sesi pengeringan

#2 Peti Sejuk

Satu lagi barangan elektrik yang wajib ada di setiap kediaman. Peti sejuk digunakan untuk menyimpan air minuman, makanan, bahan mentah, sayur-sayuran dan banyak lagi. 

Peti ais yang bersih dapat menyumbang kepada gaya hidup yang lebih sihat. Pembersihan berkala diperlukan bagi mencegah pembiakan bakteria dan bau-bauan yang tidak menyenangkan. 

Namun, semua orang tahu membersihkan peti ais bukanlah suatu kerja yang mudah. Ia memerlukan masa dan tenaga untuk anda membersihkannya. Anda memerlukan lima benda:

  • Plastik sampah
  • Sabun pencuci
  • Kain lap
  • Baldi dan air
  • Peluntur

Langkah-langkah:

  1. Tutup suiz dan keluarkan semua barang di dalam peti sejuk anda
  2. Pastikan makanan yang tidak boleh dimakan lagi atau barangan yang sudah tamat tempoh dibuang terlebih dahulu
  3. Keluarkan para peti sejuk dan basuh dengan sabun di sinki
  4. Kemudian, basahkan kain dengan air sabun dan lap seluruh badan dalam peti ais
  5. Gunakan peluntur jika perlu
  6. Jangan lupa lap air yang cair dari ais di bahagian atas peti sejuk
  7. Biarkan pintu peti ais terbuka untuk sesi pengeringan
  8. Setelah kering, masukkan semula para dan susun makanan dan barangan lain dengan kemas

#3 Penghawa Dingin

Dewasa ini, unit penghawa dingin bukan lagi menjadi barangan rumah yang mewah. Hampir semua rumah di Malaysia, terutamanya di kawasan bandar memiliki penghawa dingin.

Selain menyamankan dan menyejukkan rumah, penyaman udara mampu menyaring udara kotor serta habuk yang berterbangan di sekitar kediaman kita. 

Apatah lagi dengan cuaca panas yang melanda negara sekarang, pastinya anda membuka penghawa dingin sepanjang masa. Tidak salah, tetapi jangan lupa untuk mencucinya! 

Berikut dua cara mudah yang anda boleh lakukan sendiri untuk mencuci penghawa dingin: 

1. Gunakan penyedut hampagas

Cara paling mudah dan ringkas mencuci penyaman udara adalah dengan menggunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner). Walaupun ia tidak ideal untuk pencucian mendalam, sekurang-kurangnya anda tidak perlu membuka badan penyaman udara anda sepenuhnya. 

Hanya layangkan batang penyedut hampagas anda ke dalam lohong, kipas dan penapis (filter) penyaman udara anda sekurang-kurangnya sekali sehari. 

2. Tukar penapis

Penapis adalah satu komponen penting dalam penyaman udara. Penapis menyekat habuk, bakteria dan bendasing yang tidak kelihatan tetapi berada di dalam rumah anda. 

Namun, jika penapis tidak diselenggara dengan betul, ia boleh ditumbuhi dengan kulat dan jamur yang boleh membahayakan sistem pernafasan anda. 

Untuk membersihkan penapis, pertama sekali buka selongsong (casing) yang melindunginya. Kemudian, keluarkan penapis dan sapukannya dengan kain untuk membersihkan habuk. 

Seterusnya, basuh penapis dengan air paip yang mengalir dan bersihkannya dengan sabun. Setelah itu, jemurkan penapis tersebut di bawah cahaya matahari untuk sesi pengeringan. 

Kedua-dua cara pembersihan ini boleh anda lakukan sendiri di rumah. Jika mahukan pembersihan mendalam dan penyelenggaraan yang menyeluruh, kami sarankan anda menghubungi pakar penyaman udara yang bertauliah. - Getaran, 4 Ogos 2021

Semua gambar: LG Malaysia 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kerajaan Harus Segera Tunai Janji Bentang GEG, RUU Kawalan Produk Merokok Di Parlimen 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Larangan Merokok Bukan Hukuman, Tetapi Demi…

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Saya Tak Menangis Atau Tumpah Darah, Semua Itu Fake! - Emma Maembong Tidak Faham Kenapa Isunya Berpantang Jadi Viral 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kejayaan KKM Diraih Hasil Muafakat Bersama Capai Matlamat ‘Kesihatan Untuk Semua’ - Menteri

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Saringan Faktor Risiko Boleh Kurangkan Risiko Pra-Eklampsia Semasa Hamil

Teknovasi 19 jam yang lalu

Honda Bakal Mengeluarkan Kenderaan EV Kategori Skuter Tidak Lama Lagi, Dapat Permintaan Tinggi Di Eropah

Jika sebelum ini, penulis pernah mengulas secara terperinci tentang sebuah skuter EV keluaran Eclimo, kini Honda pula baru-baru ini telah melancarkan model dua...

oleh Izwan Ramlan