web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suunto 9 Peak, Jam Tangan Paling Tahan Lasak & Nipis

Kenali jam tangan terbaru Suunto yang dicipta untuk pengalaman dan pengembaraan yang maksimum.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda ‘penagih senaman’ aktiviti luar, kehadiran Suunto 9 Peak dalam pasaran pasti membuat anda teruja untuk memilikinya. Dengan reka bentuk ultra nipis dan elegan, kemas kini perisian tanpa wayar, jangka hayat bateri GPS selama 170 jam, serta dilengkapi dengan pengukur kandungan oksigen darah, jam tangan ini bagaikan aksesori senaman paling agung.

Diinspirasikan daripada Sunnto 9 Baro yang telah memenangi anugerah, Suunto 9 Peak dicipta untuk pengalaman dan pengembaraan yang maksimum. Reka bentuknya yang nipis dan anggun membuatkan ia terletak selesa di pergelangan tangan. 

“Apabila kami menginovasi jam tangan baharu, kami menilai pengalaman yang diidamkan oleh pengguna dan menggabungkan idaman itu dengan perkembangan teknologi kami yang terkini. Kami mendapati ramai yang ternanti-nantikan ciri-ciri yang terdapat di Suunto 9 Baro, tetapi mempunyai rekaan yang lebih bergaya tanpa menjejaskan jangka hayat bateri atau ciri-ciri pintar itu,” ujar Presiden Sunnto, Heikki Norta yang cukup berbangga apabila pasukannya berjaya mempersembahkan reka bentuk minimalis Nordic terbaharu ini.

Suunto 9 Peak dilengkapi dengan semua ciri utama yang dimiliki oleh keluarga Suunto 9 iaitu: 80 lebih mod sukan seperti berlari, mendaki, berbasikal lasak, ski dan berenang, skrin yang memaparkan data latihan mengikut penyesuaian pengguna, sistem pengurusan bateri pintar, pemantauan denyutan jantung di pergelangan tangan yang tepat, tinjauan cuaca terperinci, serta keupayaan navigasi yang luas.

Kehebatan Suunto 9 Peak :

* Reka bentuk minimalis Nordic, 37% lebih nipis dan 36% lebih ringan berbanding Suunto 9 Baro

* Pengukur kandungan oksigen darah bagi membantu menentukan tahap aklimasi ketika berada di altitud tinggi

* Lampu latar yang berubah secara automatik mengikut kehadiran cahaya 

* Pengecasan lebih pantas: mencapai 100% dalam masa 1 jam

* Tali jam dengan kancing logam baharu 

* Paparan baharu untuk metrik latihan mingguan untuk merangsang rutin baru

Aplikasi Suunto yang berintegrasi dengan Suunto 9 Peak membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan berkesan menerusi peta panas yang dilengkapi dengan titik permulaan popular. 

Perancangan ini boleh dipindahkan ke jam tangan untuk navigasi secara luar talian. Bahkan, aplikasi mudah alih itu memudahkan pengguna untuk menjelajah lokasi baharu, menanda tempat menarik dan meninjau pengembaraan terdahulu dengan peta panas peribadi. 

Selain itu, teknologi Bluetooth 5 yang baharu telah menggandakan kelajuan segerak antara Suunto 9 Peak dan aplikasi Suunto. 

Jam tangan senaman bergaya ini boleh didapati dalam dua model dengan empat warna yang diilhamkan dari alam semulajadi: Titanium Granit Biru, Titanium Birch Putih, Hitam dan Kelabu Lumut yang dihasilkan daripada kaca nilam dan keluli tahan karat.

Koleksi terbaru ini boleh didapati di platform dalam talian Lazada, Shopee, So-larTime.com serta semua kedai jualan a.d time. Anda juga boleh melayari lawan sesawang Suunto untuk maklumat lanjut. - Getaran, 30 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN