web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HONOR X9d 5G, Lebih Tahan Lasak, Lebih Berkuasa, Masih Mesra Poket

Selain mempunyai teknologi kalis peluru, ia juga mampu bertahan di dalam air sedalam satu meter selama 30 hari

Teknovasi Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2025 8:51PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HONOR sekali lagi menggegarkan pasaran telefon pintar Malaysia dengan pelancaran HONOR X9d 5G, model baharu yang hadir dengan 10 penambahbaikan besar tanpa menaikkan harga.

Menariknya, harga kekal bermula RM1,499, sama seperti model sebelumnya, satu langkah berani dalam pasaran yang kerap melihat kenaikan harga.

Ketahanan Jadi Fokus Utama

Apa yang benar-benar membezakan X9d 5G ialah falsafah ‘tahan lasak tanpa kompromi. Ia dilengkapi Corning® Gorilla® Glass Victus® 2, dengan ketahanan kaca lebih mendalam 31 peratus. Malah, HONOR memilih paparan rata kali ini, menggantikan skrin melengkung bagi memberikan keteguhan yang lebih praktikal.

Lebih daripada itu, HONOR mengambil inspirasi daripada industri automotif dan teknologi kalis peluru. 

Dengan lapisan bendalir bukan-Newtonian yang mengeras ketika hentakan, ia mampu menyerap kejutan sehingga 300 peratus lebih baik. 

Ditambah pula struktur rangka enam lapisan dengan paten tersendiri, X9d 5G bukan sekadar tahan calar, malah direka untuk melindungi komponen dalaman yang sering jadi punca kos pembaikan tinggi.

Ciri kalis air dan debu juga dipertingkatkan ke tahap IP69K, jauh melangkaui standard biasa telefon pintar. Ia boleh menahan keadaan ekstrem seperti tenggelam di bawah air pada kedalaman enam meter, percikan suhu tinggi pada 85°C, pendedahan kepada 18 jenis cecair, dan juga tenggelam selama 30 hari dalam air sedalam satu meter. 

Ia malah dilengkapi sistem getaran untuk menyingkirkan air dan debu dari port. Skrin juga kekal responsif dalam hujan lebat atau ketika memakai sarung tangan.

Bateri Paling Besar Dalam Kelasnya

Di bawah hud, HONOR X9d 5G menawarkan bateri 8,300mAh, peningkatan ketara daripada generasi sebelum ini. Dalam dunia telefon pintar moden, ini bermakna sehingga tiga hari penggunaan hanya dengan sekali caj. 

Malah, walaupun bateri tinggal dua peratus, ia masih mampu bertahan tujuh jam dalam mod siap sedia atau membolehkan panggilan kecemasan selama sejam.

Teknologi pengecasan pantas 66W SuperCharge dan fungsi pengecasan berbalik 7.5W menjadikannya bukan sekadar telefon pintar, tetapi juga ‘powerbank’ untuk peranti lain.

Kamera Dan Paparan Serba Mewah

Dari segi kamera, HONOR tidak ketinggalan dengan sensor utama 108MP Ultra-Sensing, diperkasa OIS + EIS untuk kestabilan imej. Apa yang menarik, HONOR menekankan fungsi AI seperti AI Eraser, AI Remove Reflection, dan AI Outpaintingyang membolehkan pengguna mengedit gambar terus dalam telefon.

Paparan pula menaik taraf ke OLED 6.79 inci dengan resolusi 1.5K, kecerahan puncak 6,000 nits dan pemalapan PWM 3,840Hz. Ia bukan sahaja terang, tetapi juga mesra mata dengan ciri seperti Night Circadian Display dan perlindungan cahaya biru rendah.

Prestasi Generasi Baharu

HONOR X9d 5G digerakkan oleh Snapdragon 6 Gen 4 bersama HONOR Turbo RAM yang memberikan sehingga 24GB RAM. Dengan Lightweight OS Engine, aplikasi dilaporkan dilancarkan dua kali lebih pantas, respons lebih 70 peratus laju dan operasi keseluruhan lebih lancar sehingga 90 peratus. 

Untuk audio, sistem dwi pembesar suara bass baharu memberikan pengalaman lebih bertenaga, sesuai untuk tontonan atau bermain permainan mudah alih. Dari segi rangkaian, antena baharu memastikan sambungan stabil dengan liputan lebih kuat, tambahan pula, sokongan NFC membolehkan sentuhan pantas untuk kegunaan harian seperti Touch ‘n Go.

Nilai Tambah Untuk Pengguna

Menjelang jualan rasmi HONOR X9d 5G di seluruh negara pada 10 Oktober nanti, HONOR memperkenalkan satu lagi tawaran menarik iaitu jam tangan pintar HONOR Watch 2i percuma dengan setiap pembelian peranti tersebut! Aksesori percuma ini tersedia dalam tempoh terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat. 

Terdahulu, tawaran pra-tempahan yang memberi HONOR Pad X7 secara percuma telah pun kehabisan stok. Bagaimanapun, pembeli masih diberi Perlindungan Retak Depan dan Belakang selama 365 hari, Waranti Lanjutan Setahun dan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair Setahun 1 dan semua hadiah percuma ini bernilai RM946.

HONOR X9d 5G hadir dalam dua varian, 256GB pada RM1,499 dan 512GB pada RM1,699, dengan pilihan warna Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black. 

Ulasan Penulis

HONOR jelas cuba memecahkan tanggapan bahawa telefon pintar tahan lasak biasanya perlu mahal atau kurang bergaya. Dengan X9d 5G, mereka berjaya menggabungkan ketahanan kelas industri, bateri paling besar dalam kategori, paparan premium serta sistem kamera AI moden, tanpa melangkaui paras harga pertengahan.

Bagi mereka yang gemar mengembara atau bekerja di lapangan, inilah kelebihan sebenar X9d 5G. Telefon ini direka untuk menghadapi keadaan ekstrem, sama ada mendaki gunung di bawah hujan, berkhemah di kawasan berdebu, atau menjelajah bandar asing tanpa perlu risau mencari soket pengecas setiap beberapa jam. 

Bateri yang tahan lama memberi keyakinan untuk perjalanan jauh, manakala ketahanan air, habuk dan hentakan menjadikannya teman setia dalam apa jua cabaran.

Jika benar dakwaan tiga kali lebih lasak ini terbukti dalam penggunaan harian, HONOR X9d 5G berpotensi menjadi peranti pilihan bukan sahaja untuk pengguna biasa, tetapi juga untuk pengembara moden yang mahu ketahanan, prestasi, dan nilai dalam satu pakej.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/. - Getaran, 1 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 hari yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000